Friday, September 16, 2011

SUK baru Kelantan angkat sumpah Rizal Tahir


KOTA BHARU, 27 Jun: Datuk Dr Zainuddin Ibrahim semalam mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis yang diadakan di pejabat Menteri Besar itu turut disaksikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasaruddin Daud, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim.
Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang, Datuk Azlan Abdul Karim, anggota-anggota Exco, ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.
Zainuddin yang juga bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri mulai menduduki jawatan baru pada 27 Jun. Beliau menggantikan Datuk Mohd Aiseri Alias yang bersara wajib 26 Jun lalu.
Menteri Besar berkata, majlis angkat sumpah pelantikan SUK merupakan rutin biasa dalam pentadbiran jabatan kerajaan, dan ia juga menjadi amalan sejak zaman kebangkitan Islam.
“Rasulullah saw diangkat naik ke langit dan bernaik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah sendiri menerima salam dan ikrar dari Nabi Muhammad saw,” katanya.