Saturday, September 10, 2011

Tangguhkan cukai 6%

KUALA LUMPUR  — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta syarikat telekomunikasi (telco)
menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.
Beliau berkata, perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.
“Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya kepada pemberita selepas rancangan Bicara Rakyat di Angkasapuri di sini, malam semalam.
Beliau berkata, syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun. — Bernama