Saturday, September 10, 2011

Timbang semula Cukai 6%

10/09/2011 3:42pm

KUALA LUMPUR 10 Sept — Syarikat telekomunikasi (telco) diminta mempertimbangkan semula cukai enam peratus
terhadap pengguna talian pra-bayar sebelum isu itu dibawa ke Kabinet, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya sudah janji bawa perkara ini ke Kabinet tetapi saya harap telco mempertimbangkan dulu sebelum perkara ini dibangkitkan (dalam mesyuarat Kabinet),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, isu menaiktaraf perkhidmatan telco telah berkali-kali dibangkitkan tetapi ia masih tidak diambil berat malah secara tiba-tiba telco mahu menaikkan bayaran perkhidmatan itu kepada rakyat. — Bernama