Sunday, November 21, 2010

Kelab Pemotoran Parlimen Dungun

Oleh Mohd Zawawi

Bukit Besi:   Menyedari kepentingan menangani gejala rempit yang kini menjadi ancaman besar kepada masyarakat, mendidik generasi muda mendekati masyarakat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan belia,    sebanyak 30 juta diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun 2010 utuk program belia, manakala 5 juta lagi diperuntukkan untuk  kempen menangani samseng jalanan.
Ahli Parlimen Dungun, berkata Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun yng berjaya menarik ahli seramai 1020 ahli dari empat Dun di daerah Dungunbukan hanya berobjektif untuk membentuk belia memandu secara berhemah sahaja, namun juga untuk diperkukuhkan hubungan  golongan belia dengan masyarakat  melalui aktiviti yang akan dianjurkan kelab dari semasa ke semasa.
“Kita akan memastikan penubuhan kelab ini memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada golongan belia dari empat dun di daerah ini.
           Salah satu program yang dirancang, kita akan mengadakan aktivit “belia turun padang” yang membolehkan glongan beliaturut sama menyalurkan bakti kepada masyarakat dan secara tiak langsung dapat mengelakkan mereka terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral, merempit dan sebagainya.
Pengerusi Pertubuhan Belia Kg. Pasir Raja, Rosda Ramli, 35, berbangga dengan pelancaran kelab pemotoran ini yang diadakan di Bukit Besi yang turut menarik pendaftaran ahli seramai 320 orang dar Dun Bukit Besi sahaja..
“Apa yang lebih penting, sikap buruk pemandu motor yang terlibat di dalam gejala rempit dengan menunggang motosikal secara merbahaya dan turut mengancam keselamatan orang lain diharap dapat diubah apabila didedahkan dengan kempen kesedaran pemanduan yang akan dijalankan kelab ini dari semasa ke semasa.
Beliau turut berharap, pihak pengurusan kelab memperbanyakkan program-program kesedaran pemanduan berhemah bagi mengurangkan bilangan belia yang teribat di dalam gejala rempit.
“Kurangnya program-program yang melibatkan para belia menjadi salah satu sebab berlakunya gejala rempit,” katanya.
Pekerja swasta dari Paka, Mohd Alimi Hakim, 19, berkata beliau besama-sama rakan tertarik menyertai ahli kelab pemotoran ini untuk meluaskan lagi pergaulan dan juga kenalan selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan sesama ahli kelab.
Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO negeri Terengganu yang turut dihadiri Adun Bukit Besi, ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ketua Pegawai daerah dungun itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, yang juga turut sama mengepalai konvoi pagi semalam.

PENDUDUK BUKIT BESI TERKILAN



Pengurus Ebdon Resources Group Pte. Ltd,
Jack Kam



Abdul Hamid Mohd Noor















pekerja di Ebdon Resources sdn Bhd







Ariffin







Pengurus Lateral construction Sdn Bhd, syrikat berpusat di Hong Kong
Ng Kok Yong




Bukit Besi:   Penduduk Bukit Besi bersyukur dengan pembukaan semula lombong bijih walaupun pada peringkat awal pembukaan berlaku sedikit kekecohan apabila ada di antara syarikat yang diberi lesen mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
            Edisi Timur yang membuat tinjauan di tiga daripada empat lombong bijih yang beroperasi mendapati lebih 40 orang penduduk Bukit Besi bekerja di lombong-lombong bijih tersebut.
            Penduduk, Abdul Hamid Mohd Noor, 54, berkata penduduk Bukit Besi terkilan dengan  pengurusan salah sebuah syarikat  lombong bijih Ebdon Resources Group Pte. Ltd yang menolak permohonan penduduk tempatan untuk bekerja semata-mata mahu mengekalkan pekerja asing bekerja di lombong tersebut, pada bulan pertama lombong dibuka (November 2009).
            “Pawa bulan pertama beroperasi terdapat seramai lebih kurang 20 pekerja asing dibawa  masuk syarikat terbabit untuk bekerja, manakala permohonan penduduk tempatan ditolak mentah-mentah dengan alasan mereka sudah mempunyai pekerja yang mencukupi.
            “Sepatutnya penduduk tempatan diutamakan terlebih dahulu berbanding pekerja asing.
“Setelah isu pengambilan pekerja asing ditimbulkan masyarakat, pihak pengurusan syarikat dikatakan mula mengambil pekerja tempatan, (akhir November 2009) menggantikan pekerja asing yang  sudahpun bekerja selama hampir sebulan.
Bekas pekerja syarikat berkenaan, Ariffi Muda, 64, berkata beliau diambil bekerja di lombong syarikat berkenaan pada akhir November 2009 sebagai pengawal keselamatan namun berhenti kerja setelah berhadapan dengan kelewatan gaji.
Menurutnya, beliau dijanjikan akan dibayar gaji sebanyak RM 800.00 sebulan namun gaji yang sepatutnya diterima di akhir bulan tidak dibayar syarikat terbabit.
“Setelah lebih empat kali berjumpa pengurus syarikat terbabit, barulah gaji dibayar, “ katanya yang kini bekerja sendiri membuat dan menjual arang.
Pengurus syarikat Ebdon Resources Group Pte. Ltd, Jack Kam yang ditemui semalam berkata, sekarang ini seramai 40 orang penduduk tempatan bekerja di lombong tersebut dan akan mengambil lebih ramai pekerja tempatan setelah lombong tersebut beroperasi 2 shift sehari,” katanya yang merancang untuk menambah bilangan pekerja menjadi 100 orang pekeja selepas perayaan tahun baru cina ini setelah mesin beroperasi sepenuhnya.
Ditanya mengenai isu syarikat-syarikat perlombongan di bukit Besi yang dikatakan mengutamakan warga asing untuk bekerja berbanding penduduk tempatan, beliau enggan memberi sebarang komen.
Pemandu lori di syarikat tersebut, Roslan Othman, 23, berkata beliau bersyukur diterima bekerja di syarikat terbabit dan berharap lebih ramai penduduk tempatan diambil bekerja memandang ramai penduduk Bukit Besi menjadi penganggur setelah Kilang Papan PESARA terpaksa membuang pekerja akibat bekalan balak yang semakin berkurangan.
Tinjauan juga dibuat di sebuah lagi syarikat perlombogan, Lateral Construction Sdn. Bhd.yang beroperasi di Bukit Tiga, Bukit Besi.
Pengurus syarikat berkenaan, Ng Kok Yong, 40, berkata terdapat seramai 20 orang pekerja dan 18 daripada mereka adalah penduduk tempatan,” katanya yang turut memberitahu syarikat tersebut beribu pejabat di Hong kong dan juga sedang mengusahakan dua lombong emas di Tanah Merah dan Gua Musang.
Pekerja lombong syarikat berkenaan, Yusof Salleh, 48, berkata beliau yang mula bekerja semenjak November 2009 di lombong berkenaan diberi gaji sebanyak RM 4.00 sejam dan dibayar berdasarkan bilangan hari bekerja.
Sementara itu Adun Bukit Besi, Dato’ Din Adam yang dihubungi pagi semalam berkata, isu penggunaan pekerja asing tidak akan timbul jika syarikat yang terbabit mengutamakan penduduk tempatan berbanding pekerja asing.
“Adalah mendukacitakan, penduduk tempatan dinafikan hak mereka dengan tidak diambil bekerja, sedangkan tanah yang dilombong adalah di kawasan tempat tinggal mereka.
Pada pagi semalam, Menteri Besar Terengganu dengan diiringin ahli parlimen Dungun, pegawai Jabatan Tanah dan Galian dan ketua-ketua jabatan melawat lombong-lombong di kawasan berkenaan.

Ruang meletak kenderaan tidak mencukupi di Jalan Pak Sabah meresahkan orang ramai

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:               Ruang meletak kenderaan yang tidak mencukupi di pusat niaga Jalan Baru Pak Sabah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai hinggakan mereka terpaksa  meletak kenderaan di bahu jalan walaupun kerap kali disaman pihak polis atas kesalahan meletak di kawasan  yang salah.
                Rohayati Ismail, 43, peniaga kedai makan berhampiran bangunan yang menempatkan premis-premis perniagaan di kawasan tersebut berkata, ketiadaan ruang meletak kenderaan yang mencukupi menjadi teruk setiap kali hujung minggu, di akhir dan awal bulan dengan kenderaan orang ramai terutamanya untuk mendapat perkhidmatan bank berurusan dengan TNB.
                “Walaupun beberapa kali pihak polis bertindak menyaman pemandu-pemandu kenderaan yang meletak kenderaan di bahu jalan bagi mengelak berlaku kemalangan,  disebabkan pandangan pemandu terhalang untuk melihat kenderaan dari arah kiri jalan,” katanya yang berharap Pihak Berkuasa Tempatan membuat garisan kuning di bahu jalan bagi mengelak oang ramai terus meletak kenderaan di bahu jalan tersebut.
Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini membuat “parking lot” yang baru di bahagian belakang bangunan yang mampu memuat 30 buah kereta tetapi ruang yang disediakan masih tidak mencukupi untuk mengelak kesesakan di kwasan itu.
                Orang awam yang ditemui, Abdullah Abd. Rahim, 40, berkata ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa menunggu lama untuk keluar dihalang kenderaan yang diletak  tidak tersusun.
                Menurutnya lagi, dia bimbang masalah kesesakan  di kawasan tersebut akan menjadi semakin teruk memandangkan beberapa buah bangunan premis perniagaan sedang dalam pembinaan.
                “Saya bimbang jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah ini, keadaan akan menjadi bertambah teruk setelah siapnya bangunan-bangunan premis perniagaan yang sedang giat dibina di kawasan ini.       “Dengan taraf sebagai sebuah perbandaran, sistem lalu lintas perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi dengan bertambahnya lot-lot bangunan di Jalan Baru Pak Sabah,” katanya yang memberitahu masalah ini sudah 10 tahun berlaku, semenjak pejabat-pejabat dan bank-bank berpindah ke sini.
Seorang peniaga, Abdul Wahab Nordin, 54, berkata sistem yang bersesuaian perlu dilaksanakan segera pihak MPD sebagaimana yang bersesuaian dengan taraf dungunsbagai sebuh perbandaran.
                “Orang tidak wajar disalahkan kerana meletak kenderaan di bahu jalan dengan ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi.
                Beliau yang meletak kenderaan di bahagian belakang bangunan disepanjang longkang besar bagi mengelak disaman pihak polis terpaksa berbuat demikian walaupun menyedari berhadapan dengan risiko berlakunya kehilangan barang-barang dalam kendaraan kerana kawasantersebut jauh dari pandangan orang ramai.
                Dahlan Noor Mohd, 45, seorang kakitangan kerajaan berkata dengan membiarkan masalah ini beterusan, imej dungun sebagai sebuah perbandaran akan jatuh dan tidak diperlekeh oleh segelintir pihak yang sentiasa mencari peluang menjatuhkan imej bandar ini.
                Selain daripada mengancam keselamatan orang ramai perkara ini juga mencacat pemandangan di kawasan Jalan Baru Pak Sabah.
                Sudah tiba masanya, MPD perlu melaksanakan satu system yang lebih efisyen seperti menyediakan ruang letak kereta bertingkat ataupun menyediakan satu kawasan khusus untuk meletakkenderaan.
                “Orang ramai lebih rela membayar kupon letak daripada disaman pihak berkuasa keana kesalahan meleak kenderaan di bahu jalan.
                “Apa yang lebih penting, orang ramai dapat mengelak daripada membazir masa dengan terperangkap di  kawasan tidak bersistem ini dan keselamatan lebih terjamin.
                “Setelah 10 tahun maslah ini berlaku, orang ramai sudah jemu dengan sikap MPD yang seolah-olah gagal mengambil langkah penyelesaian,” katanya