Sunday, November 21, 2010

Ruang meletak kenderaan tidak mencukupi di Jalan Pak Sabah meresahkan orang ramai

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:               Ruang meletak kenderaan yang tidak mencukupi di pusat niaga Jalan Baru Pak Sabah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai hinggakan mereka terpaksa  meletak kenderaan di bahu jalan walaupun kerap kali disaman pihak polis atas kesalahan meletak di kawasan  yang salah.
                Rohayati Ismail, 43, peniaga kedai makan berhampiran bangunan yang menempatkan premis-premis perniagaan di kawasan tersebut berkata, ketiadaan ruang meletak kenderaan yang mencukupi menjadi teruk setiap kali hujung minggu, di akhir dan awal bulan dengan kenderaan orang ramai terutamanya untuk mendapat perkhidmatan bank berurusan dengan TNB.
                “Walaupun beberapa kali pihak polis bertindak menyaman pemandu-pemandu kenderaan yang meletak kenderaan di bahu jalan bagi mengelak berlaku kemalangan,  disebabkan pandangan pemandu terhalang untuk melihat kenderaan dari arah kiri jalan,” katanya yang berharap Pihak Berkuasa Tempatan membuat garisan kuning di bahu jalan bagi mengelak oang ramai terus meletak kenderaan di bahu jalan tersebut.
Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini membuat “parking lot” yang baru di bahagian belakang bangunan yang mampu memuat 30 buah kereta tetapi ruang yang disediakan masih tidak mencukupi untuk mengelak kesesakan di kwasan itu.
                Orang awam yang ditemui, Abdullah Abd. Rahim, 40, berkata ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa menunggu lama untuk keluar dihalang kenderaan yang diletak  tidak tersusun.
                Menurutnya lagi, dia bimbang masalah kesesakan  di kawasan tersebut akan menjadi semakin teruk memandangkan beberapa buah bangunan premis perniagaan sedang dalam pembinaan.
                “Saya bimbang jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah ini, keadaan akan menjadi bertambah teruk setelah siapnya bangunan-bangunan premis perniagaan yang sedang giat dibina di kawasan ini.       “Dengan taraf sebagai sebuah perbandaran, sistem lalu lintas perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi dengan bertambahnya lot-lot bangunan di Jalan Baru Pak Sabah,” katanya yang memberitahu masalah ini sudah 10 tahun berlaku, semenjak pejabat-pejabat dan bank-bank berpindah ke sini.
Seorang peniaga, Abdul Wahab Nordin, 54, berkata sistem yang bersesuaian perlu dilaksanakan segera pihak MPD sebagaimana yang bersesuaian dengan taraf dungunsbagai sebuh perbandaran.
                “Orang tidak wajar disalahkan kerana meletak kenderaan di bahu jalan dengan ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi.
                Beliau yang meletak kenderaan di bahagian belakang bangunan disepanjang longkang besar bagi mengelak disaman pihak polis terpaksa berbuat demikian walaupun menyedari berhadapan dengan risiko berlakunya kehilangan barang-barang dalam kendaraan kerana kawasantersebut jauh dari pandangan orang ramai.
                Dahlan Noor Mohd, 45, seorang kakitangan kerajaan berkata dengan membiarkan masalah ini beterusan, imej dungun sebagai sebuah perbandaran akan jatuh dan tidak diperlekeh oleh segelintir pihak yang sentiasa mencari peluang menjatuhkan imej bandar ini.
                Selain daripada mengancam keselamatan orang ramai perkara ini juga mencacat pemandangan di kawasan Jalan Baru Pak Sabah.
                Sudah tiba masanya, MPD perlu melaksanakan satu system yang lebih efisyen seperti menyediakan ruang letak kereta bertingkat ataupun menyediakan satu kawasan khusus untuk meletakkenderaan.
                “Orang ramai lebih rela membayar kupon letak daripada disaman pihak berkuasa keana kesalahan meleak kenderaan di bahu jalan.
                “Apa yang lebih penting, orang ramai dapat mengelak daripada membazir masa dengan terperangkap di  kawasan tidak bersistem ini dan keselamatan lebih terjamin.
                “Setelah 10 tahun maslah ini berlaku, orang ramai sudah jemu dengan sikap MPD yang seolah-olah gagal mengambil langkah penyelesaian,” katanya