Peristiwa ini berlaku beberapa bulan yang lalu.
Kebetulan penulis mempunyai urusan di sebuah majlis pengagihan bantuan kepada penerima bantuan bulanan JKM.
Satu peristiwa yang pada pandangan penulissepatutnya tidak berlaku. di mana letaknya hormatnya kita kepada golongan kurang bernasib baik.
Pada tengah hari pengagihan bantuan. Terdapat dua tempat jamuan makan disediakan pihak penganjur iaitu di bawah (garaj ) dan bersebelahan kanopi pengagihan duit bantuan. Penulis yang berada di bawah (garaj) tersentuh hati apabila seorang warga emas yang sudahpun meletakkan nasi ke dalam pinggan dan sedang mengambil gulai dihalang oleh seorang wanita lingkungan lewat 30-an yang memang penulis kenal adalah seorang kakitangan kerajaan (Pengelola makanan bukan kakitangan JKM) di daerah Dungun. Penulis melihat warga emas itu sempat mengambil sebelah tulur masin untuk dimakan bersama sepinggan nasi. Apa yang penulis faham kebanyakan orang ramai termasuk penulis tidak tahu bahawa ruangan bawah garaj itu hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja. Yang penulis tidak puas mengapa dihalang warga emas itu mengambil sesenduk gulai.....sanggup melihat orang yang sepatutnya dirai makan nasi dengan telur masin sebelah... dari raut air muka penulis tahu dia sedih..namun disimpan di sudut hati...

Berbagai persoalan timbul. siapa yang mahu dirai di majlis itu bukankah penerima bantuan .. Kalau penulis yang terbuku di hati apatah lagi warga emas itu.....