Pengurus Ebdon Resources Group Pte. Ltd,
Jack Kam
Jack Kam
Abdul Hamid Mohd Noor
pekerja di Ebdon Resources sdn Bhd
Ariffin
Pengurus Lateral construction Sdn Bhd, syrikat berpusat di Hong Kong
Ng Kok Yong
Bukit Besi: Penduduk Bukit Besi bersyukur dengan pembukaan semula lombong bijih walaupun pada peringkat awal pembukaan berlaku sedikit kekecohan apabila ada di antara syarikat yang diberi lesen mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Edisi Timur yang membuat tinjauan di tiga daripada empat lombong bijih yang beroperasi mendapati lebih 40 orang penduduk Bukit Besi bekerja di lombong-lombong bijih tersebut.
Penduduk, Abdul Hamid Mohd Noor, 54, berkata penduduk Bukit Besi terkilan dengan pengurusan salah sebuah syarikat lombong bijih Ebdon Resources Group Pte. Ltd yang menolak permohonan penduduk tempatan untuk bekerja semata-mata mahu mengekalkan pekerja asing bekerja di lombong tersebut, pada bulan pertama lombong dibuka (November 2009).
“Pawa bulan pertama beroperasi terdapat seramai lebih kurang 20 pekerja asing dibawa masuk syarikat terbabit untuk bekerja, manakala permohonan penduduk tempatan ditolak mentah-mentah dengan alasan mereka sudah mempunyai pekerja yang mencukupi.
“Sepatutnya penduduk tempatan diutamakan terlebih dahulu berbanding pekerja asing.
“Setelah isu pengambilan pekerja asing ditimbulkan masyarakat, pihak pengurusan syarikat dikatakan mula mengambil pekerja tempatan, (akhir November 2009) menggantikan pekerja asing yang sudahpun bekerja selama hampir sebulan.
Bekas pekerja syarikat berkenaan, Ariffi Muda, 64, berkata beliau diambil bekerja di lombong syarikat berkenaan pada akhir November 2009 sebagai pengawal keselamatan namun berhenti kerja setelah berhadapan dengan kelewatan gaji.
Menurutnya, beliau dijanjikan akan dibayar gaji sebanyak RM 800.00 sebulan namun gaji yang sepatutnya diterima di akhir bulan tidak dibayar syarikat terbabit.
“Setelah lebih empat kali berjumpa pengurus syarikat terbabit, barulah gaji dibayar, “ katanya yang kini bekerja sendiri membuat dan menjual arang.
Pengurus syarikat Ebdon Resources Group Pte. Ltd, Jack Kam yang ditemui semalam berkata, sekarang ini seramai 40 orang penduduk tempatan bekerja di lombong tersebut dan akan mengambil lebih ramai pekerja tempatan setelah lombong tersebut beroperasi 2 shift sehari,” katanya yang merancang untuk menambah bilangan pekerja menjadi 100 orang pekeja selepas perayaan tahun baru cina ini setelah mesin beroperasi sepenuhnya.
Ditanya mengenai isu syarikat-syarikat perlombongan di bukit Besi yang dikatakan mengutamakan warga asing untuk bekerja berbanding penduduk tempatan, beliau enggan memberi sebarang komen.
Pemandu lori di syarikat tersebut, Roslan Othman, 23, berkata beliau bersyukur diterima bekerja di syarikat terbabit dan berharap lebih ramai penduduk tempatan diambil bekerja memandang ramai penduduk Bukit Besi menjadi penganggur setelah Kilang Papan PESARA terpaksa membuang pekerja akibat bekalan balak yang semakin berkurangan.
Tinjauan juga dibuat di sebuah lagi syarikat perlombogan, Lateral Construction Sdn. Bhd.yang beroperasi di Bukit Tiga, Bukit Besi.
Pengurus syarikat berkenaan, Ng Kok Yong, 40, berkata terdapat seramai 20 orang pekerja dan 18 daripada mereka adalah penduduk tempatan,” katanya yang turut memberitahu syarikat tersebut beribu pejabat di Hong kong dan juga sedang mengusahakan dua lombong emas di Tanah Merah dan Gua Musang.
Pekerja lombong syarikat berkenaan, Yusof Salleh, 48, berkata beliau yang mula bekerja semenjak November 2009 di lombong berkenaan diberi gaji sebanyak RM 4.00 sejam dan dibayar berdasarkan bilangan hari bekerja.
Sementara itu Adun Bukit Besi, Dato’ Din Adam yang dihubungi pagi semalam berkata, isu penggunaan pekerja asing tidak akan timbul jika syarikat yang terbabit mengutamakan penduduk tempatan berbanding pekerja asing.
“Adalah mendukacitakan, penduduk tempatan dinafikan hak mereka dengan tidak diambil bekerja, sedangkan tanah yang dilombong adalah di kawasan tempat tinggal mereka.
Pada pagi semalam, Menteri Besar Terengganu dengan diiringin ahli parlimen Dungun, pegawai Jabatan Tanah dan Galian dan ketua-ketua jabatan melawat lombong-lombong di kawasan berkenaan.