Berikut adalah kenyataan penuh Shafie
Read more:
http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/ini-kenyataan-penuh-shafie-afdal-dan.html#ixzz1ss8LFIqK
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa
laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan
nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman
bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang
bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah
saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak
kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan
bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK
BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang
menyebar-luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT
dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia
mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang
terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”