Sunday, November 21, 2010

“Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali

Peniaga percaya “Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali dengan perpindahan stesyen bas dan teksi. 

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail 

Kuala Dungun:       Peniaga di Kuala Dungun gembira dengan perpindahan stesyen bas dan teksi dari Jln Baru Pak Sabah di dalm usaha pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun yang suatu ketika dahulu merupakan bandar utama daerah Dungun.

                Tinjauan Edisi Timur di sekitar kawasan berkenaan yang berkedudukan berdekatan dengan jambatan Kuala Dungun mendapati, beberapa buah bangunan sedang dalam pembinaan termasuk sebuah bangunan hotel milik persendirian, bangunan pusat niaga MPD, bangunan Balai Bomba dan Penyelamat dan beberapa bangunan milik persendirian termasuk sebuah hotel.
                Musa Idris, 65, peniaga di Arked Mara bersebelahan stesyen bas baru berkenaan berkata, sebagai seorang peniaga, beroperasi di lokasi yang dikunjungi ramai merupakan satu fakor yang diutamakan, dengan berpindahnya steyen bas dan teksi ke kawasan ini, perniagaan akan bertambah maju.
Beliau yang berkeyakinan penuh dengan usaha-usaha yang dilakukan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun memberanikan diri memulakan perniagaan barang-barang runcit dengan menyewa sebuah lot Arked Mara semenjak setahun yang lalu walaupun sebelum ini kawasan Kuala Dungun tidak dikunjungi ramai orang dan lebih dikenali sebagai “pekan mati”.
                 “Saya percaya dengan perpindahan stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, pekan yang seolah-olah mati akan hidup kembali.
                  “Bagi mereka yang kurang arif dan tidak tahu rancangan sebenar yang dirancang pihak berkuasa tempatan dan membuat tafsiran dengan tindakan PBT yang dipengaruhi kepentingan segelintir pihak, sepatutnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa sendiri bagi mengelak berlaknya salah faham dan sebagainya.
                  “Usaha PBT memajukan kawasan ini seharusnya disokong penuh bukannya bersikap mencari kelemahan pihak lain sahaja,” katanya yang berpendapat salah faham sering berlaku di kalangan masyarakat setempat termasuk di kalangan para peniaga sendiri adalah kerana mereka berpandangan singkat sedangkan tidak semua perlaksanaan projek akan dapat dilihat hasilnya dalam masa yang singkat apatah lagi dalam masa dua, tiga bulan sahaja.
                  Seorang lagi peniaga yang menyewa lot Arked Mara, Abdullah Salleh, 40, berkata keputusan memindahkan stesen bas dan teksi ke kawasan ini memberi kemudahan kepada banyak pihak, terutama sekali peniaga-peniaga di kawasan ini terutamanya peniaga di Arked Mara yang selama ini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Malah ada diantara kedai tersebut terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan.
Begitu juga dengan peniaga-peniaga dan orang ramai di laluan bas itu nanti, kawasan tersebut akan berubah dan membuka peluang-peluang perniagaaan khususnya kepada peniaga gerai makan dan sebagainya.
                Sementara itu, Abdullah Mohd, 55, pengusaha bas yang dilantik sebagai Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kawasan Dungun sempena perpindahan stesyen bas ke Kuala Dungun berkata, sebagai wakil pengusaha-pengusaha bas, beliau berterim kasih pihak MPD memberi kelonggaran berpindah sehingga selepas sambutan tahun baru cina kepada pengusaha-pengusaha bas yang mempunyai masalah dengan penjualan tiket yang telah dijual dengan mencatat tempat menaiki kenderaan di Stesyen Pak Sabah.
               “Sebahagian pengusaha-pengusah bas akan berpindah ped pertengahan Januari dan sebahagian yang lain akan terus berada di stesyen baru Pak Sabah sehingga selepas sambuatan tahun baru cina bagi mengelak orang ramai terlepas menaiki bas kerana tiket sempena tahun baru cina sudah dijual dengan mencatat lokasi menaiki bas di Stesyen Pak Sabah.
                 Beliau berharap pihak MPD dapat memastikan beberapa keperluan dan tuntutan daripada pengusaha-pengusaha bas sebagaimana yang diketengahkan beliau dalam mesyuarat bersama PBT pada Novemer lalu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi lalu lintas, kepentingan pengusaha bas terjaga dan keselamatan orang awam terjamin.
                Di antaranya beliau mengusulkan meminta jalan yang sempit di simpang empat berdekatan padang bola Kg Seberang Pintasan diperluaskan kerana tidak sesuai untuk laluan bas, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
              Pihak MPD juga diminta membina “curve” di stesyen bas bagi menjamin keselamatan orang ramai, tempat tersebut perlu dibina “curve” kerana ruangnya luas tidak sebagaimana di Stesyen Pak Sabah.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin yang dihubungi berkata sikap sesetengah pihak yang mempertikai usaha yang di lakukan pihak berkuasa tempatan dengan memindah stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk membangunkan kawasan Kuala Dungun yang sudah semestinya akan turut memberi manfaat kepada semua pihak.
              “Pihak Berkusa Tempatan sebelum ini sudah mencapai kata sepakat tentang perpindahan ke stesyen baru tersebut termasuklah daripada pengusaha-pengusaha bas dan pemandu teksi sendiri.
              Ditanya mengenai persiapan untuk kelancaran laluan bas yang akan melalui laluan Tanjung Jara, Seberang Pintasan dan jambatan Baru Kuala Dungun dan status jalan dari Sura Gate ke Kuala Dungun yang masih dalam pembinaan, beliau berkata, keputusan pihak Majlis Perbandaran Dungun mengalih stesyen bas dan teksi bertujuan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan jalan yang belum siap sepenuhnya di Sura Gate tidak imbul kerana pembinaan jalan tersebut akan berjalan seperti biasa dan mempunyai empat lorong.

Hospital Dungun sudah tidak relevan

Dungun:               Orang ramai meminta pihak berwajib menggantikan hospital lama yang sudah tidak lagi sesuai itu dengan sebuah hospital baru yang bersesuaian dengan taraf Dungun sebagai sebuah Perbandaran.
                Kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ruangan sempit di unit fisioteraphy turut mengganggu kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan di unit berkenaan.
                Tinjauan Edisi timur di sekitar hospital berkenaan mendapati ruangan menunggu di bahagian farmasi  dan di bahagian Unit Pesakit Luar terlalu sempit dan kurang selesa kepada pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat, manakala di bahagian fisioteraphy yang menempatkan pelbagai alatan ruangnya juga agak sempit.
                Disebabkan ruang yang sempit di ruang menunggu pesakit luar, ruangan tersebut agak sesak dengan orang ramai sehingga kadangkala sebahagian daripada pesakit terpaksa berdiri untuk menunggu giliran mendapat rawatan. Ini menimbulkan keadaan kurang selesa terutama sekali kepada pesakit warga emas dan kanak-kanak.
                Seorang pesakit,  Ong Meng Swee, 52, yang mendapat rawatan di Unit Fisioteraphy di hospital berkenaan semenjak dua tahun lalu berkata, disebabkan ruang di unit fisioteraphy terlalu sempit tidak banyak peralatan-peralatan pemulihan dapat disediakan untuk kegunaan pesakit di unit itu.
                Menurutnya lagi, bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di unit berkenaan makin bertambah dan dengan bilik rawatan yang sempit, kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan fisioteraphy terpaksa dijarakkan. Beliau yang sepatutnya mendapat rawatan fisioteraphy sebanyak dua kali seminggu hanya mendapat peluang rawatan sekali seminggu sahaja kerana tidak ramai pesakit berpeluang mendapat rawatan pada satu-satu  masa.
                Beliau dan pesakit-pesakit lain yang mendapat rawatan fisioteraphy terpaksa akur dengan jadual rawatan yang terpaksa dijarakkan walaupun berhadapan dengan risiko penyakit yang dihadapi memaan masa yang lebih lama untuk sembuh.
                Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan daerah Dungun, Omar Mohd Shah berkata, kepentingan mempunyai sebuah hospital yang selesa dan  mempunyai kemudahan yang mencukupi sewajarnya diutamakan.
                Beliau yang baru-baru ini menghadiri sesi lawatan ke hospital berkenaan turut bimbang dengan maslah yang terpaksa dialami pesakit yang mendapatrawatan di unit fisioteraphy tersbut. Beliau memohon pihak yang berkenaan mempercepatkan pembinaan hospital baru memandangkan hospital yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk menampung bilangan orang ramai yang mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan yang semakin bertambah.
                Maznah Ibraim, 40, berkata dengan pertambahan bilangan penduduk dan taraf daerah Dungun sebagai sebuah perbandaran, kemudahan menyediakan prasarana perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesihatan masyarakat terjaga manakala kedudukan Hospital Daerah Dungun sekarang ini sudah lagi tidak sesuai kerana terlalu dekat dengan jalan raya yang sentiasa bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.              
                “Kawasan perkarangan hospital yang sempit dan seolah-olah  tidak berlaman, menimbulkan kesulitan kepada orang ramai untuk meletak kenderaan terutama sekali di bahagian rumah simpanan mayat .
                “Orang ramai yang datang melawat dan berurusan dirumah mayat berhadapan dengan masalah meletak kenderaan dan terpaksa meletak kenderaan di bahu jalan raya di luar kawasan hospital kerana ruang meletak kenderaan yang disediakan di hadapan rumah simpanan jenazah tidak mencukupi,” katanya yang turut memberitahu walaupun pihak hospiatal menyedia kawasan letak kereta di bahagian belakang hospital, kawasan tersebut yang terletak agak jauh menyebabkan orang ramai tidak meletak kenderaan di kawasan itu.
                 “Pihak berwajib perlu mengambil langkah segera menangani masalah ini lebih-lebih lagi masalah kesesakan ruang di hospital ini sudah lama dihadapi orang ramai dan ura-ura pembinaan hospital baru sudah bertahun diwar-warkan, sedangkan tahun demi tahun bilangan penduduk semakin bertambah.
                “Sampai bilakah orang ramai perlu berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa dan terpaksa mengurangkan kekerapan mendapatkan rawatan ekoran ruangan yang sempit yang sekaligus mengganggu proses untuk sembuh dari peyakit yang dihadapai,” katanya.
                 Adun Paka, Zakaria berkata, pesakit yang mendapat rawatan di HD bukan sahaja dari kalangan warga Dungun malah termasuk dari kawasan Paka dan Bukit Besi memandangkan kawasan tersebut hanya mempunyai klinik kesihatan sahaja.
            Beliau berkata, pada perbahasan Baget 2010 baru-baru ini beliau membangkitkan usul pembinaan hospital baru yang tidak tersenarai dalam rancangan RMK ke 9 dan ahli dewan berharap keutamaan perlaksanaan pembinaan hospital baru ini diutamakan dalam RMK ke 10.
            Menurutnya lagi, di dalam persidangan itu juga kerajaan negeri melalui EXCO Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. A.Rahman dengan sokongan Menteri Besar dan Pengarah Kesihatan Negeri mengusul kepada Menteri kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tong Lai supaya mensegerakan pembinaan hospital baru yang dianggarkan beranggaran RM 120 juta dengan kapasiti120 hingga 150 katil memandangkan tapak seluas20.5221 hakter telus diluluskan MMKN pada 17.6.2009 dan hanya menunggu pembayaran oleh Pesuruhjaya Tanah.

Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   Sememangnya penduduk Kampung Santong berasa bertuah kerana Syarikat Process-3 Services Solution Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyelenggaraan bahan kimia industri petrokimia bertaraf antarabangsa yang membuka sebuah cawangan di Paka memberi keutamaan penduduk tempatan mendapat tempat di itu semenjak memulakan operasi 2 tahun lalu.

                Peka dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Process-3 Services Solution Sdn Bhd buat kali ke tiga menganjurkan program komuniti Process-3 bersama Penduduk Santong  yang dihadiri lebih 500 penduduk kampung.
                Seramai 10 anak yatim, 10 Orang Kelainan Upaya (OKU), 15 warga emas, 30 kanak-kanak tabika serta 15 ibu tunggal menerima sumbanganyang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Process-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh.
                Pengarah Rocess-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh, sudah menjadi keutamaan kepada syarikat Process-3 Services Solutin Sdn Bhd mengutamakan penduduk di kawasan sekitar setiap kali  cawangan mula beroperasi.
                Pengerusi JKKK, Kampung Santong, Shafie Salleh berkata polisi yang diamalkan syarikat ini wajar dicontohi syarikat-syarikat lain kerana ianya dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan generasi muda.
                Process-3 dari semasa ke semasa menganjur program bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung yang diantaranya ialah jamuan Aidilfitri, bantuan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan sebagainya.
                “Kita berharap hubungan dua hala yang terjalin dapat dipreratkan dengan adanya majlis seperti mana yang diadakan pada hari ini,” katanya
                Penduduk, Azmi Yusof, 50, berkata beliau yang merupakan penduduk Kampung Santong yang terawal diterima bekerja dengan syarikat Process-3 mengucapkan berbanyak terima kasih dan berasa bangga apabila ramai penduduk kampung khususnya generasi ke dua diberi keutamaan mendapat tempat di Process-3.
                Majlis yang diadakan serentak dengan jamuan hari raya bermula jam 8.00 malam berakhir jam 11 malam itu diserikan dengan persembahan silat seni tari helang dari pelajar sekolah menengah di sekitar Paka turut dihadiri Ahli Parliemn Dungun, Mathulidi Jusoh; ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah, Ketua Polis Balai Polis PAka, Chif Inspektor Mahadi Husin serta pengerusi JKKK kampung dalam DUN Paka.

5851: Sebahgian penduduk Kampung Santong bergambar bersama Kakitangan Process-3 Services Solution Sdn Bhd di majlis komuniti bersama penduduk Santong serta sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)dan ibu tunggal
5880: 5878: 5877: Pengarah Syarikat Process-3 Services Solution, Yaakob Puteh menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Santong disaksikan Pengerusi JKKK Kampung Santong Shafie Salleh
5863: Majlis  penyampaian sumbangan anjuran  turut diserikan dengan persembahan Silat seni tari Helang oleh pelajar sekolah menengah sekitar Paka