Sunday, November 21, 2010

Hospital Dungun sudah tidak relevan

Dungun:               Orang ramai meminta pihak berwajib menggantikan hospital lama yang sudah tidak lagi sesuai itu dengan sebuah hospital baru yang bersesuaian dengan taraf Dungun sebagai sebuah Perbandaran.
                Kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ruangan sempit di unit fisioteraphy turut mengganggu kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan di unit berkenaan.
                Tinjauan Edisi timur di sekitar hospital berkenaan mendapati ruangan menunggu di bahagian farmasi  dan di bahagian Unit Pesakit Luar terlalu sempit dan kurang selesa kepada pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat, manakala di bahagian fisioteraphy yang menempatkan pelbagai alatan ruangnya juga agak sempit.
                Disebabkan ruang yang sempit di ruang menunggu pesakit luar, ruangan tersebut agak sesak dengan orang ramai sehingga kadangkala sebahagian daripada pesakit terpaksa berdiri untuk menunggu giliran mendapat rawatan. Ini menimbulkan keadaan kurang selesa terutama sekali kepada pesakit warga emas dan kanak-kanak.
                Seorang pesakit,  Ong Meng Swee, 52, yang mendapat rawatan di Unit Fisioteraphy di hospital berkenaan semenjak dua tahun lalu berkata, disebabkan ruang di unit fisioteraphy terlalu sempit tidak banyak peralatan-peralatan pemulihan dapat disediakan untuk kegunaan pesakit di unit itu.
                Menurutnya lagi, bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di unit berkenaan makin bertambah dan dengan bilik rawatan yang sempit, kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan fisioteraphy terpaksa dijarakkan. Beliau yang sepatutnya mendapat rawatan fisioteraphy sebanyak dua kali seminggu hanya mendapat peluang rawatan sekali seminggu sahaja kerana tidak ramai pesakit berpeluang mendapat rawatan pada satu-satu  masa.
                Beliau dan pesakit-pesakit lain yang mendapat rawatan fisioteraphy terpaksa akur dengan jadual rawatan yang terpaksa dijarakkan walaupun berhadapan dengan risiko penyakit yang dihadapi memaan masa yang lebih lama untuk sembuh.
                Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan daerah Dungun, Omar Mohd Shah berkata, kepentingan mempunyai sebuah hospital yang selesa dan  mempunyai kemudahan yang mencukupi sewajarnya diutamakan.
                Beliau yang baru-baru ini menghadiri sesi lawatan ke hospital berkenaan turut bimbang dengan maslah yang terpaksa dialami pesakit yang mendapatrawatan di unit fisioteraphy tersbut. Beliau memohon pihak yang berkenaan mempercepatkan pembinaan hospital baru memandangkan hospital yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk menampung bilangan orang ramai yang mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan yang semakin bertambah.
                Maznah Ibraim, 40, berkata dengan pertambahan bilangan penduduk dan taraf daerah Dungun sebagai sebuah perbandaran, kemudahan menyediakan prasarana perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesihatan masyarakat terjaga manakala kedudukan Hospital Daerah Dungun sekarang ini sudah lagi tidak sesuai kerana terlalu dekat dengan jalan raya yang sentiasa bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.              
                “Kawasan perkarangan hospital yang sempit dan seolah-olah  tidak berlaman, menimbulkan kesulitan kepada orang ramai untuk meletak kenderaan terutama sekali di bahagian rumah simpanan mayat .
                “Orang ramai yang datang melawat dan berurusan dirumah mayat berhadapan dengan masalah meletak kenderaan dan terpaksa meletak kenderaan di bahu jalan raya di luar kawasan hospital kerana ruang meletak kenderaan yang disediakan di hadapan rumah simpanan jenazah tidak mencukupi,” katanya yang turut memberitahu walaupun pihak hospiatal menyedia kawasan letak kereta di bahagian belakang hospital, kawasan tersebut yang terletak agak jauh menyebabkan orang ramai tidak meletak kenderaan di kawasan itu.
                 “Pihak berwajib perlu mengambil langkah segera menangani masalah ini lebih-lebih lagi masalah kesesakan ruang di hospital ini sudah lama dihadapi orang ramai dan ura-ura pembinaan hospital baru sudah bertahun diwar-warkan, sedangkan tahun demi tahun bilangan penduduk semakin bertambah.
                “Sampai bilakah orang ramai perlu berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa dan terpaksa mengurangkan kekerapan mendapatkan rawatan ekoran ruangan yang sempit yang sekaligus mengganggu proses untuk sembuh dari peyakit yang dihadapai,” katanya.
                 Adun Paka, Zakaria berkata, pesakit yang mendapat rawatan di HD bukan sahaja dari kalangan warga Dungun malah termasuk dari kawasan Paka dan Bukit Besi memandangkan kawasan tersebut hanya mempunyai klinik kesihatan sahaja.
            Beliau berkata, pada perbahasan Baget 2010 baru-baru ini beliau membangkitkan usul pembinaan hospital baru yang tidak tersenarai dalam rancangan RMK ke 9 dan ahli dewan berharap keutamaan perlaksanaan pembinaan hospital baru ini diutamakan dalam RMK ke 10.
            Menurutnya lagi, di dalam persidangan itu juga kerajaan negeri melalui EXCO Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. A.Rahman dengan sokongan Menteri Besar dan Pengarah Kesihatan Negeri mengusul kepada Menteri kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tong Lai supaya mensegerakan pembinaan hospital baru yang dianggarkan beranggaran RM 120 juta dengan kapasiti120 hingga 150 katil memandangkan tapak seluas20.5221 hakter telus diluluskan MMKN pada 17.6.2009 dan hanya menunggu pembayaran oleh Pesuruhjaya Tanah.