Sunday, November 21, 2010

“Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali

Peniaga percaya “Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali dengan perpindahan stesyen bas dan teksi. 

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail 

Kuala Dungun:       Peniaga di Kuala Dungun gembira dengan perpindahan stesyen bas dan teksi dari Jln Baru Pak Sabah di dalm usaha pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun yang suatu ketika dahulu merupakan bandar utama daerah Dungun.

                Tinjauan Edisi Timur di sekitar kawasan berkenaan yang berkedudukan berdekatan dengan jambatan Kuala Dungun mendapati, beberapa buah bangunan sedang dalam pembinaan termasuk sebuah bangunan hotel milik persendirian, bangunan pusat niaga MPD, bangunan Balai Bomba dan Penyelamat dan beberapa bangunan milik persendirian termasuk sebuah hotel.
                Musa Idris, 65, peniaga di Arked Mara bersebelahan stesyen bas baru berkenaan berkata, sebagai seorang peniaga, beroperasi di lokasi yang dikunjungi ramai merupakan satu fakor yang diutamakan, dengan berpindahnya steyen bas dan teksi ke kawasan ini, perniagaan akan bertambah maju.
Beliau yang berkeyakinan penuh dengan usaha-usaha yang dilakukan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun memberanikan diri memulakan perniagaan barang-barang runcit dengan menyewa sebuah lot Arked Mara semenjak setahun yang lalu walaupun sebelum ini kawasan Kuala Dungun tidak dikunjungi ramai orang dan lebih dikenali sebagai “pekan mati”.
                 “Saya percaya dengan perpindahan stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, pekan yang seolah-olah mati akan hidup kembali.
                  “Bagi mereka yang kurang arif dan tidak tahu rancangan sebenar yang dirancang pihak berkuasa tempatan dan membuat tafsiran dengan tindakan PBT yang dipengaruhi kepentingan segelintir pihak, sepatutnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa sendiri bagi mengelak berlaknya salah faham dan sebagainya.
                  “Usaha PBT memajukan kawasan ini seharusnya disokong penuh bukannya bersikap mencari kelemahan pihak lain sahaja,” katanya yang berpendapat salah faham sering berlaku di kalangan masyarakat setempat termasuk di kalangan para peniaga sendiri adalah kerana mereka berpandangan singkat sedangkan tidak semua perlaksanaan projek akan dapat dilihat hasilnya dalam masa yang singkat apatah lagi dalam masa dua, tiga bulan sahaja.
                  Seorang lagi peniaga yang menyewa lot Arked Mara, Abdullah Salleh, 40, berkata keputusan memindahkan stesen bas dan teksi ke kawasan ini memberi kemudahan kepada banyak pihak, terutama sekali peniaga-peniaga di kawasan ini terutamanya peniaga di Arked Mara yang selama ini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Malah ada diantara kedai tersebut terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan.
Begitu juga dengan peniaga-peniaga dan orang ramai di laluan bas itu nanti, kawasan tersebut akan berubah dan membuka peluang-peluang perniagaaan khususnya kepada peniaga gerai makan dan sebagainya.
                Sementara itu, Abdullah Mohd, 55, pengusaha bas yang dilantik sebagai Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kawasan Dungun sempena perpindahan stesyen bas ke Kuala Dungun berkata, sebagai wakil pengusaha-pengusaha bas, beliau berterim kasih pihak MPD memberi kelonggaran berpindah sehingga selepas sambutan tahun baru cina kepada pengusaha-pengusaha bas yang mempunyai masalah dengan penjualan tiket yang telah dijual dengan mencatat tempat menaiki kenderaan di Stesyen Pak Sabah.
               “Sebahagian pengusaha-pengusah bas akan berpindah ped pertengahan Januari dan sebahagian yang lain akan terus berada di stesyen baru Pak Sabah sehingga selepas sambuatan tahun baru cina bagi mengelak orang ramai terlepas menaiki bas kerana tiket sempena tahun baru cina sudah dijual dengan mencatat lokasi menaiki bas di Stesyen Pak Sabah.
                 Beliau berharap pihak MPD dapat memastikan beberapa keperluan dan tuntutan daripada pengusaha-pengusaha bas sebagaimana yang diketengahkan beliau dalam mesyuarat bersama PBT pada Novemer lalu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi lalu lintas, kepentingan pengusaha bas terjaga dan keselamatan orang awam terjamin.
                Di antaranya beliau mengusulkan meminta jalan yang sempit di simpang empat berdekatan padang bola Kg Seberang Pintasan diperluaskan kerana tidak sesuai untuk laluan bas, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
              Pihak MPD juga diminta membina “curve” di stesyen bas bagi menjamin keselamatan orang ramai, tempat tersebut perlu dibina “curve” kerana ruangnya luas tidak sebagaimana di Stesyen Pak Sabah.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin yang dihubungi berkata sikap sesetengah pihak yang mempertikai usaha yang di lakukan pihak berkuasa tempatan dengan memindah stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk membangunkan kawasan Kuala Dungun yang sudah semestinya akan turut memberi manfaat kepada semua pihak.
              “Pihak Berkusa Tempatan sebelum ini sudah mencapai kata sepakat tentang perpindahan ke stesyen baru tersebut termasuklah daripada pengusaha-pengusaha bas dan pemandu teksi sendiri.
              Ditanya mengenai persiapan untuk kelancaran laluan bas yang akan melalui laluan Tanjung Jara, Seberang Pintasan dan jambatan Baru Kuala Dungun dan status jalan dari Sura Gate ke Kuala Dungun yang masih dalam pembinaan, beliau berkata, keputusan pihak Majlis Perbandaran Dungun mengalih stesyen bas dan teksi bertujuan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan jalan yang belum siap sepenuhnya di Sura Gate tidak imbul kerana pembinaan jalan tersebut akan berjalan seperti biasa dan mempunyai empat lorong.