Cukai 6% yang akan dikenakan kepada pelanggan Prabayar bagi semua pengguna syarikat telekomunikasi di negara ini menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap pengguna prabayar yang begitu ramai penggunanya.
Kerajaan harus sedar,para pengguna Prabayar ini bukanlah mereka daripada golongan yang mampu.Kebanyakan pengguna Prabayar terdiri daripada golongan pekerja kilang,buruh kasar,pelajar,golongan sederhana serta mereka yang berpendapatan rendah.
Mewajibkan caj 6% ini,menunjukkan kerajaan hanya menjaga golongan korporat serta syarikat telekomunikasi yang sudah pastinya bebanan itu diletakkan kepada pengguna walaupun syarikat-syarikat ini menunjukkan keuntungan setiap tahun.
Mengenakan caj 6% ini juga,menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
Kerajaan dilihat tunduk kepada kehendak syarikat-syarikat gergasi ini dengan tujuan mereka dapat melipat gandakan keuntungan dengan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh para pengguna.Bahkan kerajaan cuba memperbodohkan rakyat,menaikkan cukai-cukai perkhidmatan tanpa disedari oleh rakyat seperti penangguhan yang war-warkan oleh kerajaan seketika dulu untuk mengenakan GST kepada rakyat.
Justeru, rakyat perlu membuka mata bahawa inilah bentuk-bentuk kezaliman serta bebanan kepada rakyat terutamanya golongan anak muda yang sedang membina kerjaya masa depan,dengan kenaikan harga barangan serta caj perkhidmatan yang dihadapi sekarang ini.
Hari ini rakyat terbeban dengan cukai "GST" atau seumpamanya, tetapi sedarkah kita bahawa cukai GST atau seumpamanya ini tidak dikenakan ke atas industri nombor ramalan. Kenapa ini berlaku ?
Jika kerajaan peka terhadap masalah yang dibebani rakyat sekarang ini, dihapuskan caj 6% terhadap pengguna khidmat prabayar seperti yang diumumkan.
Saturday, September 10, 2011
Arkib Berita
-
►
2012
(8)
- ► 04/22 - 04/29 (4)
- ► 04/08 - 04/15 (4)
-
▼
2011
(20)
- ► 09/11 - 09/18 (5)
-
▼
09/04 - 09/11
(14)
- RM1 bilion
- 'dihalang temui mangsa Bukit Kepong'
- 'wira sebenar'
- Timbang semula Cukai 6%
- buat persembahan payung nyaris maut
- seludup pendatang naik kapal mewah
- Tangguhkan cukai 6%
- \Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
- Mohamad Sabuvs Khairy Jamaluddin,
- ceramah tanpa tauliah :hadap Mahkamah
- Cukai 6% tiada kaitan dengan pilihan raya - Awang ...
- Kisah Murtad Dan Kesalahan Diri Kita Umat Islam
- Dakwa diskriminasi dan bersekongkol
- 6%
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(58)
- ► 12/12 - 12/19 (3)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/21 - 11/28 (20)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (21)
- ► 10/24 - 10/31 (3)
- ► 10/17 - 10/24 (2)
- ► 10/10 - 10/17 (6)