KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Label 'pembohong bersiri' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melemparkan perkataan itu kepada pihak pembangkang.
'Saya mempunyai bukti Yang Berhormat (Syed Azman) pembohong bersiri. Memorandum tersebut hanya ditandatangani oleh sejumlah penduduk yang merupakan orang Pas sahaja manakala yang lain hanya ada nama sahaja. Ini pembohongan pertama," katanya ketika sesi penggulungan pembentangan Bajet 2011.
Apabila Ahmad terus menggunakan perkataan tersebut, Syed Azman kemudian melemparkan beberapa perkataan seperti 'bapak penipu' kepada Menteri Besar.Ahmad kemudian mencabar Syed Azman untuk bersumpah dan kemudian wakil Batu Burok itu bangun bersumpah bahawa beliau ada menghubungi Guan Eng.