Thursday, December 16, 2010
Rambut, kening Sharlinie diubah?
PETALING JAYA 23 Jan. - Polis tidak menolak kemungkinan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak dua minggu lalu sudah diubah fizikalnya supaya wajahnya sukar dikenali.
Lombong besi di Bukit Besi dibangunkan
KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan semula kawasan lombong biji besi di Bukit Besi, Dungun berikutan penemuan biji besi baru di situ.
Tuesday, December 7, 2010
WikiLeaks founder Julian Assange arrested in UK
By RAPHAEL G. SATTER, Associated Press Raphael G. Satter, Associated Press – 1 hr 15 mins ago
LONDON – WikiLeaks founder Julian Assange surrendered to London police Tuesday as part of a Swedish sex-crimes investigation, the latest blow to an organization that faces legal, financial and technological challenges after releasing hundreds of secret U.S. diplomatic cables.Assange was due at Westminster Magistrate's Court later Tuesday. If he challenges his extradition to Sweden, he will likely be remanded into U.K. custody or released on bail until another judge rules on whether to extradite him, a spokeswoman for the extradition department said on customary condition of anonymity.
Tanah taman permainan hilang
DUNGUN: sedih tanah dirancang untuk dibangunkan taman permainan hilang dijadikan hak individu.
Pengerusi JKKK yang ditemui mendakwa beliau tidak mengetahui terdapat usaha mendapatkan hak ke atas tanah yang dirancang itu sehinggalah dimaklumkan menjadi hak milik beberapa individu.
Beliau yang...seterusnya
Tuesday, November 23, 2010
Taxi driver detained over molest
DUNGUN: A 64-year-old former religious teacher, who operated an illegal taxi service, was detained by police on Monday for allegedly molesting his passengers for the last two years.
Monday, November 22, 2010
Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menang kes saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain. Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.
Sunday, November 21, 2010
Sarang penagih
Jeti Tanjung Lumpur, LKIM jadi lokasi lepas gian
KUANTAN: Bot usang terbiar di Jeti Tanjung Lumpur dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini dikenal pasti menjadi sarang penagih dadah sekali gus mewujudkan persepsi negatif di kalangan masyarakat tempatan.
Dialog serlah fikiran bernas
Oleh: Mohd Zawawi MAt Ail
DUNGUN: Majlis Dialog Industri anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) kali kelapan bertema 'Kebolehan Pasaran Pelajar Politeknik Antara Memilih atau Keperluan' menjadi medan percambahan bernas fikiran antara warga kampus, peserta industri dan masyarakat setempat.
Rumah arak diroboh
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Kawasan tiga ekar yang dipenuhi semak dan bangunan usang menjadi tempat maksiat.
DUNGUN: Warga bandar ini berasa lega apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak merobohkan dua bangunan usang berhampiran Pantai Teluk Lipat yang dijadikan tempat aktiviti tidak bermoral selain mencemar pandangan kawasan pelancongan di pantai itu.
Tinjauan Edisi Timur sebelum ini mendapati sekitar kawasan bangunan itu semak dan gelap menjadikannya sebagai lokasi selamat kepada kaki botol melepaskan ketagihan alkohol selain tempat aktiviti maksiat pasangan kekasih gelap.
Seorang peniaga kedai makan berhampiran bangunan itu, Shazali Mat Noor, 40, berkata kawasan bangunan itu yang penuh semak samun mencacatkan keindahan persekitaran pantai Teluk Lipat yang tersohor di kalangan pelancong tempatan dan luar.
“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan kumpulan anak muda sedang dalam keadaan mabuk dan berasmara dengan pasangan masing-masing di kawasan berkenaan," katanya.
Seorang pengunjung, Borhan Harun, 54, berkata beliau difahamkan MPD bercadang membangun sebuah dataran pelancongan bagi mengubah persekitaran bangunan usang itu sekali gus menaikkan lagi imej Pantai Teluk Lipat yang sudah terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negeri.
"Langkah itu tepat pada masanya kerana boleh menarik lebih ramai pengunjung ke pantai ini kerana kedudukannya hanya lima minit perjalanan dari bandar Dungun," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPD, Zainal Abidin Hussin, berkata dua bangunan terbiar itu adalah milik Kerajaan Pusat, manakala tapak bangunan seluas 1.2 hektar miliki kerajaan negeri.
Katanya, pihaknya merobohkan bangunan usang itu bagi membolehkan kawasan tanah tapak bangunan itu seluas 1.2 hektar dimajukan dengan projek pembinaan dataran pelancongan yang dikenali Dataran Teluk Lipat mengikut Pelan Induk Landskap MPD.
“Dataran itu akan dilengkapi dengan kiosk untuk disewa kepada peniaga, kemudahan pelancongan termasuk ruang tempat letak bas yang dapat memuatkan 10 bas pelancongan di samping kemudahan asas lain untuk pelancong," katanya.
Perlantikan Syarikat Perunding Pendalaman Muara Sungai Dungun melegakan nelayan
Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Nelayan Kuala Dungun menarik lafas lega dengan perlantikan perunding kejuruteraan menjalankan kajian penyelesaian berkaitan muara Sungai Dungun yang semakin cetek dan mendatangkan memberi masalah kepada nelayandi kawasan tersebut.
CIMB Paka, MEKAR menganjur kempen “Lindungi Penyu”
Jalan Roboh Telaga Mas ditimbus
Dungun: 1000 orang penduduk Kampung Telaga Mas yang terpaksa menggadai nyawa menyeberang jalan dengan melalui jambatan kayu bulat semenjak pembentung roboh akhir tahun lepas akhirnya selesai setelah Edisi Timur menyiarkan berita pada Khamis 11 Februari minggu lalu.
Pejabat Kesihatan daerah Dungun menyediakan laluan senaman berjalan kaki untuk orang awam dan kakitangan bermula Februari lalu
Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Menyedari kepentingan mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja, memanfaatkan ruang kosong di sekitar pejabat, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun mengambil inisiatif membina laluan senaman berjalan kaki sepanjang 430 meter di kawasan tersebut.
Rakyat sudah hayati 1Malaysia
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Kehadiran masyarakat berbilang kaum ke majlis Majlis Perbandaran Dungun (MPD) & Masyarkat Cina Dungun Merayakan Sambutan Tahun Baru Cina 2010 menzahirkan bahawa rakyat negara ini sudah menghayati gagasan 1Malaysia.
Kontraktor utamakan pekerja asing
“Penduduk tidak diterima bekerja di tapak binaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya”
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya: Penduduk mendakwa kontraktor pembinaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya mengutamakan pekerja asing dengan menolak permohonan mereka untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
Hutan Lipur Rantau Abang terabai
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Hutan Lipur Rantau Abang yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk memancing ikan air tawar dan menjadi salah satu lokasi tapak perkhemahan kini terabai manakala kemudahan yang ada tidak diselenggara dengan baik.
Dungun: Hutan Lipur Rantau Abang yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk memancing ikan air tawar dan menjadi salah satu lokasi tapak perkhemahan kini terabai manakala kemudahan yang ada tidak diselenggara dengan baik.
Tinjauan Edisi Timur di Taman Lipur Rantau Abang yang mempunyai beberapa buah kolam memancing semalam mendapati orang ramai masih berkunjung dan memancing walaupun tempat tersebut tidak terurus dengan pokok-poko tumbang ke dalam kolam dan merosakkan laluan tidak dibersihakan dan sampah sarap di buang pengunjung di merata tempat sekitar kolam tersebut.
Pengunjung yang ditemui merungut pihak berwajib seolah mengabaikan keselamatan pengunjung dengan membiarkan lantai yang patah kerana reput dibiarkan tidak berganti menyebabkan jejantas berlubang . membahayakan pengunjung yang datang memancing dan orang ramai yang berkunjung ke hutan lipur berkenaan.
Salah seorang pengunjung yang datang memancing bersama keluarga, Hisyamudin Hussin, 40, berkata, beliau selalu berkunjung bersama-sama keluarga di hari hujung minggu berehat dan menenangkan fikiran jauh daripada kesibukan kota sambil memancing di hutan lipur tersebut namun kesal dengan keadaan hutan lipur tersebut yang tidak diselenggara dengan baik.
“Kebanyakan pengunjung yang berkunjung terdiri daripada kaki-kaki pancing disebabkan kolam-kolam di sini terdapat banyak ikan dari jenis air tawar yang diantaranya haruan, sepat dan sepeis ikan air tawar yang lain yang susah dijumpai di tempat lain.
“Saya tidak pernah pulang dengan tangan kosong setiap kali datang memancing di sini tetapi apa yang lebih penting saya tidak perlu pergi jauh mencari tempat memancing ikan air tawar bersama keluarga.
“Setelah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan hutan lipur ini terutama sekali membuat kolam-kolam, membina jejantas merentasi kolam-kolam, pembinaan wakaf berehat dan lain-lain pembinaan adalah satu kerugian yang besar kepada kerajaan dan masyarakat sendiri.
Seorang kakitangan kerajaan, Salmah Harun, 46, berkata adalah tidak wajar kawasan hutan lipur yang menjadi kunjungan orang ramai di hujung minggu itu tidak diselenggara dengan baik memandangkan lokasi tersebut sudah dikenali orang ramai sebagai tempat memancing ikan air tawar di daerah Dungun.
“Saya bimbang anak-anak terjatuh ke dalam kolam kerana lantai jejantas yang patah tidak diganti menyebabkan lantai berlubang di sana sini manakala sebahagian lagi sudah mulai reput dan membahayakan keselamatan pengunjung yang melaluinya terutama sekali kepada kanak-kanak.
Lim Ah Cheng, 40, pula berkata, sikap orang ramai yang tidak menjaga kebersihan kawasan rekreasi tersebut dengan mengambil jalan mudah membiarkan sahaja botol-botol minuman, bekas-bekas makanan dan plastik bertaburan di atas wakaf istirehat dan di atas jejantas kolam menyebabkan kawasan tersebut dikotori sampah sarap.
Apa yang lebih menyedihkan ada di antara pengunjung tergamak membuang bekas-bekas makanan dan minuman ke dalam kolam memancing.
“Saya yang berang setelah beberapa kali mata pancing tersangkut pada sampah yang mendap di dasar kolam menegur pengunjung yang meninggalkan bekas makanan di atas wakaf namun tidak diendahan.
“Pihak bertanggungjawab perlu menyediakan tong sampah di setiap wakaf bagi mengelakkan orang ramai membiarkan sampah diatas wakaf kerana tong sampah hanya disediakan berhampiran jalan sahaja.
“Papan tanda amaran melarang pengunjung membuang sampah dan meenjaga kebersihan perlu dipasang bagi memberi peringatan kepada pengunjung daripada membuang sampah sesuka hati.
Seorang peniaga gerai makan di simpang masuk ke Hutan Lipur berkenaan Hashimah Hussin, 39, berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengadakan program bagi mempromosikan tempat rekreasi tersebut bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Beliau percaya lokasi tersebut berpotensi tinggi menjadi tumpuan pemancing dan orang ramai yang ingin bersantai jika pihak berwajib membaiki kekurangan yang ada dengan menaik taraf jalan yang sedia ada yang tidak berturap, menyediakan tandas awam dan sebagainya.
“Dengan adanya promosi lebih ramai lebih ramai kaki pancing dan orang awam berkunjung ke tempat tersebut yang mempunyai daya tarikan tersendiri kerana mempunyai kolam yang kaya dengan sepsis ikan air tawar, kaya dengan hutan yang masih terpelihara dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.
Perumahan Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) Telaga Mas membantu generasi kedua memiliki rumah sendiri
Zakaria Abdullah
Ali Mohamad
Ali menunjukkan tapak pembinaan projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas yang bakal dimiliki penduduk tempatan generasi kedua
Ali Mohamad
Ali menunjukkan tapak pembinaan projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas yang bakal dimiliki penduduk tempatan generasi kedua
Paka: Seramai 290 buah keluarga generasi kedua penduduk Paka akan mendapat manfaat dengan terlaksana projek rumah mampu milik yang mengandungi 290 unit rumah Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) Telaga Mas yang sudahpun memulakan operasi pembinaan akhir 2009 lalu dan dijangka siap pada awal 2011.
Tinjauan Edisi Timur di lokasi pembinaan mendapati kerja meratakan tanah untuk tapak rumah kos sederhana rendah tanah seluas 30 hektar tersebut sudah siapdan kerja pembinan tapak sedang rancak dijalankan pemaju.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata, perumahan rumah kos sederhana rendah yang dijangka siap pada akhir tahun ini akan menyelesai kesulitan yang dihadapi sebahagian golongan generasi kedua yang tidak memiliki tanah untuk mendirikan rumah sendiri.
“Dengan terbinanya perumahan di kawasan baru ini, ianya menjadi pencetus kepada pembangunan yang bakal dibangunkan bagi kemudahan penduduk-penduduk di kawasan itu nanti.
“Saya difahamkan sebuah sekolah akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bersebelahan tapak perumahan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Zakaria Abdullah, berkata, perumahan yang dibina di bawah projek rumah mampu milik ini berada di kedudukan yang lebih strategik berbanding perumahan di Paka yang yang kebanyakannya berhadapan dengan masalah banjir setiap kali musim monsun tiba.
“Pembinaan Perumahan Rumah Kos Sederhana Rendah ini dibangunkan khusus untuk membantu golongan generasi kedua di daerah Paka memiliki rumah sendiri dan ditawarkan dengan harga yang lebih murah dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang kurang mampu dan tidak mampu membeli rumah dengan harga pasaran semasa yang tinggi sebagaimana yang ditawarkan pemaju pada harga pasaran terbuka.
“Kita berharap lebih ramai golongan kurang mampu Berjaya memiliki rumah sendiri dengan terlaksana projek perumahan sebegini pada masa yang akan datang.
Bakar Hamid, 40, berkata, pihak kerajaan negeri melalui pemimpin tempatan membangunkan perumahan di kampung telaga mas suatu keputusan yang tepat memandangkan ramai golongan generasi ke dua di Paka yang tidak mampu membina rumah disebabkan tidak mempunyai tanah sendiri dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.
“Kos pembinaan rumah sekarang ini tinggi menyebabkan sebilangan besar golongan generasi ke dua tidak mampu membina rumah sendiri dan tiada pilihan lain selain daripada terpaksa menyewa rumah walaupun berpuluh tahun lamanya.
“Kebanyakan golongan berpendapatan rendah seperti saya yang bekerja sebagai buruh binaan hanya mampu menyewa rumah kecil sahaja walaupun mempunyai bilangan anak yang ramai kerana kos sewa rumah di sekitar Paka lebih tinggi berbanding di daerah yang lain…
“Dengan adanya lebih banyak perumahan-perumahan kos rendah dan sederhana dibina kerajaan di kawasan ini lebih ramai golongan generasi kedua berpeluang menikmati faedah pembangunan tersebut,” katanya yang sudah lebih sepuluh tahun menyewa rumah di Paka.
Salim Sulaiman, 33, berkata, sebelum ini beliau sudah beberapa kali memohon bantuan perumahan namun seringkali ditolak permohonan disebabkan tidak mempunyai lot tanah untuk dibina rumah tersebut.
Beliau berharap dengan terlaksananya projek Rumah Mampu Milik di Telaga Mas permohonan beliau untuk menjadi salah seorang daripada pembeli rumah kos sederhana rendah tersebut yang dikatakan boleh dilunasi secara beransur-ansur dan ditawar dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan pemaju dalam pasaran biasa.
Penduduk Telaga Mas, Mustakim Nordin, 47, berkata terdapat beberapa rumah di kawasan sekitar kampung tersebut dibina separuh jalan sahaja disebabkan pemilik tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menyiapkannya.
“Banyak rumah terbengkalai di kawasan ini kerana pemilik tidak mampu membayar kos bahan binaan dan upah yang melambung tinggi, mahu tidak mahu pembinaan terpaksa dihentikan dan rumah terbengkalai sehingga bertahun-tahun lamanya hinggakan ditumbuhi semak samun dan sebagainya.
“Pihak kerajaan perlu memandang serius permasalahan ini dan mengambil jalan penyelesaian bagi membantu golongan generasi kedua memiliki rumah sendiri melalui cara memperbanyakkan lagi projek-projek pembangunan rumah kos sederhana dan rendah.
Kesal masjid dibina setahun bocor
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Sebuah masjid yang siap dibina baru setahun di Sura Jetty di sini, pernah heboh dikaitkan dengan isu nama dan telah mendapat kelulusan untuk sembahyang jumaat pada bulan lepas kini mengalami kebocoran yang serius
Tinjaun Edisi Timur di masjid berkenaan mendapati beberapa baldi dan besan diletak di ruangan tengah, sisi kanan belakang dan ruangan wanita namun karpet dan dinding di ruangan berkenaan tetap dibasahi air hujan.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Naim, Mohd Zaki Salleh, berkata masalah kebocoran bermula semenjak tiga bulan yang lepas, keadaan menjadi lebih serius apabila hujan turun dengan lebih-lebih lagi di musim banjir sebegini yang menyebabkan karpet dan dinding menjadi basah dan hapak.
“Apa yang lebih membimbangkan dinding berdekatan fius utama yang terletak di ruangan solat wanita turut basah, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa jika kebocoran di kawasan tersebut tidak dibaiki segera,” katanya yang turut kesal dengan sikap pihak kontraktor terbabit yang melengahkan kerja membaik pulih kebocoran walaupun beberapa kali aduan dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata bimbang dengan keselamatan ahli jemah kipas dan plug dinding di bahagian yang terlibat tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas namun begitu beliau bimbang dengan keselamatan ahli jemaah dari luar yang singgah bersembahyang di masjid berkenaan tidak perasan keadaan tersebut.
Muda Mat, 57, berkata bahagian sisi sebelah kanan masjid basah teruk hingga dua baldi air semalaman.
‘Dengan hujan yang lebat berterusan di musim tengkujuh sebegini, keselesaan ahli qarih masjid dan pengunjung luar yang sentiasa singgah bersembahyang turut terganggu.
Selain itu ruangan masjid yang bersetentang dengan kubah turut dibasahi hujan, terdapat beberapa besen dan baldi diletakkan ahli masjid untuk menakung air hujan.
Dungun: Sebuah masjid yang siap dibina baru setahun di Sura Jetty di sini, pernah heboh dikaitkan dengan isu nama dan telah mendapat kelulusan untuk sembahyang jumaat pada bulan lepas kini mengalami kebocoran yang serius
Tinjaun Edisi Timur di masjid berkenaan mendapati beberapa baldi dan besan diletak di ruangan tengah, sisi kanan belakang dan ruangan wanita namun karpet dan dinding di ruangan berkenaan tetap dibasahi air hujan.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Naim, Mohd Zaki Salleh, berkata masalah kebocoran bermula semenjak tiga bulan yang lepas, keadaan menjadi lebih serius apabila hujan turun dengan lebih-lebih lagi di musim banjir sebegini yang menyebabkan karpet dan dinding menjadi basah dan hapak.
“Apa yang lebih membimbangkan dinding berdekatan fius utama yang terletak di ruangan solat wanita turut basah, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa jika kebocoran di kawasan tersebut tidak dibaiki segera,” katanya yang turut kesal dengan sikap pihak kontraktor terbabit yang melengahkan kerja membaik pulih kebocoran walaupun beberapa kali aduan dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata bimbang dengan keselamatan ahli jemah kipas dan plug dinding di bahagian yang terlibat tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas namun begitu beliau bimbang dengan keselamatan ahli jemaah dari luar yang singgah bersembahyang di masjid berkenaan tidak perasan keadaan tersebut.
Muda Mat, 57, berkata bahagian sisi sebelah kanan masjid basah teruk hingga dua baldi air semalaman.
‘Dengan hujan yang lebat berterusan di musim tengkujuh sebegini, keselesaan ahli qarih masjid dan pengunjung luar yang sentiasa singgah bersembahyang turut terganggu.
Selain itu ruangan masjid yang bersetentang dengan kubah turut dibasahi hujan, terdapat beberapa besen dan baldi diletakkan ahli masjid untuk menakung air hujan.
Kelab Pemotoran Parlimen Dungun
Oleh Mohd Zawawi
Bukit Besi: Menyedari kepentingan menangani gejala rempit yang kini menjadi ancaman besar kepada masyarakat, mendidik generasi muda mendekati masyarakat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan belia, sebanyak 30 juta diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun 2010 utuk program belia, manakala 5 juta lagi diperuntukkan untuk kempen menangani samseng jalanan.
Ahli Parlimen Dungun, berkata Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun yng berjaya menarik ahli seramai 1020 ahli dari empat Dun di daerah Dungunbukan hanya berobjektif untuk membentuk belia memandu secara berhemah sahaja, namun juga untuk diperkukuhkan hubungan golongan belia dengan masyarakat melalui aktiviti yang akan dianjurkan kelab dari semasa ke semasa.
“Kita akan memastikan penubuhan kelab ini memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada golongan belia dari empat dun di daerah ini.
“Salah satu program yang dirancang, kita akan mengadakan aktivit “belia turun padang” yang membolehkan glongan beliaturut sama menyalurkan bakti kepada masyarakat dan secara tiak langsung dapat mengelakkan mereka terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral, merempit dan sebagainya.
Pengerusi Pertubuhan Belia Kg. Pasir Raja, Rosda Ramli, 35, berbangga dengan pelancaran kelab pemotoran ini yang diadakan di Bukit Besi yang turut menarik pendaftaran ahli seramai 320 orang dar Dun Bukit Besi sahaja..
“Apa yang lebih penting, sikap buruk pemandu motor yang terlibat di dalam gejala rempit dengan menunggang motosikal secara merbahaya dan turut mengancam keselamatan orang lain diharap dapat diubah apabila didedahkan dengan kempen kesedaran pemanduan yang akan dijalankan kelab ini dari semasa ke semasa.
Beliau turut berharap, pihak pengurusan kelab memperbanyakkan program-program kesedaran pemanduan berhemah bagi mengurangkan bilangan belia yang teribat di dalam gejala rempit.
“Kurangnya program-program yang melibatkan para belia menjadi salah satu sebab berlakunya gejala rempit,” katanya.
Pekerja swasta dari Paka, Mohd Alimi Hakim, 19, berkata beliau besama-sama rakan tertarik menyertai ahli kelab pemotoran ini untuk meluaskan lagi pergaulan dan juga kenalan selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan sesama ahli kelab.
Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO negeri Terengganu yang turut dihadiri Adun Bukit Besi, ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ketua Pegawai daerah dungun itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, yang juga turut sama mengepalai konvoi pagi semalam.
PENDUDUK BUKIT BESI TERKILAN
Pengurus Ebdon Resources Group Pte. Ltd,
Jack Kam
Jack Kam
Abdul Hamid Mohd Noor
pekerja di Ebdon Resources sdn Bhd
Ariffin
Pengurus Lateral construction Sdn Bhd, syrikat berpusat di Hong Kong
Ng Kok Yong
Bukit Besi: Penduduk Bukit Besi bersyukur dengan pembukaan semula lombong bijih walaupun pada peringkat awal pembukaan berlaku sedikit kekecohan apabila ada di antara syarikat yang diberi lesen mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Edisi Timur yang membuat tinjauan di tiga daripada empat lombong bijih yang beroperasi mendapati lebih 40 orang penduduk Bukit Besi bekerja di lombong-lombong bijih tersebut.
Penduduk, Abdul Hamid Mohd Noor, 54, berkata penduduk Bukit Besi terkilan dengan pengurusan salah sebuah syarikat lombong bijih Ebdon Resources Group Pte. Ltd yang menolak permohonan penduduk tempatan untuk bekerja semata-mata mahu mengekalkan pekerja asing bekerja di lombong tersebut, pada bulan pertama lombong dibuka (November 2009).
“Pawa bulan pertama beroperasi terdapat seramai lebih kurang 20 pekerja asing dibawa masuk syarikat terbabit untuk bekerja, manakala permohonan penduduk tempatan ditolak mentah-mentah dengan alasan mereka sudah mempunyai pekerja yang mencukupi.
“Sepatutnya penduduk tempatan diutamakan terlebih dahulu berbanding pekerja asing.
“Setelah isu pengambilan pekerja asing ditimbulkan masyarakat, pihak pengurusan syarikat dikatakan mula mengambil pekerja tempatan, (akhir November 2009) menggantikan pekerja asing yang sudahpun bekerja selama hampir sebulan.
Bekas pekerja syarikat berkenaan, Ariffi Muda, 64, berkata beliau diambil bekerja di lombong syarikat berkenaan pada akhir November 2009 sebagai pengawal keselamatan namun berhenti kerja setelah berhadapan dengan kelewatan gaji.
Menurutnya, beliau dijanjikan akan dibayar gaji sebanyak RM 800.00 sebulan namun gaji yang sepatutnya diterima di akhir bulan tidak dibayar syarikat terbabit.
“Setelah lebih empat kali berjumpa pengurus syarikat terbabit, barulah gaji dibayar, “ katanya yang kini bekerja sendiri membuat dan menjual arang.
Pengurus syarikat Ebdon Resources Group Pte. Ltd, Jack Kam yang ditemui semalam berkata, sekarang ini seramai 40 orang penduduk tempatan bekerja di lombong tersebut dan akan mengambil lebih ramai pekerja tempatan setelah lombong tersebut beroperasi 2 shift sehari,” katanya yang merancang untuk menambah bilangan pekerja menjadi 100 orang pekeja selepas perayaan tahun baru cina ini setelah mesin beroperasi sepenuhnya.
Ditanya mengenai isu syarikat-syarikat perlombongan di bukit Besi yang dikatakan mengutamakan warga asing untuk bekerja berbanding penduduk tempatan, beliau enggan memberi sebarang komen.
Pemandu lori di syarikat tersebut, Roslan Othman, 23, berkata beliau bersyukur diterima bekerja di syarikat terbabit dan berharap lebih ramai penduduk tempatan diambil bekerja memandang ramai penduduk Bukit Besi menjadi penganggur setelah Kilang Papan PESARA terpaksa membuang pekerja akibat bekalan balak yang semakin berkurangan.
Tinjauan juga dibuat di sebuah lagi syarikat perlombogan, Lateral Construction Sdn. Bhd.yang beroperasi di Bukit Tiga, Bukit Besi.
Pengurus syarikat berkenaan, Ng Kok Yong, 40, berkata terdapat seramai 20 orang pekerja dan 18 daripada mereka adalah penduduk tempatan,” katanya yang turut memberitahu syarikat tersebut beribu pejabat di Hong kong dan juga sedang mengusahakan dua lombong emas di Tanah Merah dan Gua Musang.
Pekerja lombong syarikat berkenaan, Yusof Salleh, 48, berkata beliau yang mula bekerja semenjak November 2009 di lombong berkenaan diberi gaji sebanyak RM 4.00 sejam dan dibayar berdasarkan bilangan hari bekerja.
Sementara itu Adun Bukit Besi, Dato’ Din Adam yang dihubungi pagi semalam berkata, isu penggunaan pekerja asing tidak akan timbul jika syarikat yang terbabit mengutamakan penduduk tempatan berbanding pekerja asing.
“Adalah mendukacitakan, penduduk tempatan dinafikan hak mereka dengan tidak diambil bekerja, sedangkan tanah yang dilombong adalah di kawasan tempat tinggal mereka.
Pada pagi semalam, Menteri Besar Terengganu dengan diiringin ahli parlimen Dungun, pegawai Jabatan Tanah dan Galian dan ketua-ketua jabatan melawat lombong-lombong di kawasan berkenaan.
Ruang meletak kenderaan tidak mencukupi di Jalan Pak Sabah meresahkan orang ramai
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Ruang meletak kenderaan yang tidak mencukupi di pusat niaga Jalan Baru Pak Sabah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai hinggakan mereka terpaksa meletak kenderaan di bahu jalan walaupun kerap kali disaman pihak polis atas kesalahan meletak di kawasan yang salah.
Rohayati Ismail, 43, peniaga kedai makan berhampiran bangunan yang menempatkan premis-premis perniagaan di kawasan tersebut berkata, ketiadaan ruang meletak kenderaan yang mencukupi menjadi teruk setiap kali hujung minggu, di akhir dan awal bulan dengan kenderaan orang ramai terutamanya untuk mendapat perkhidmatan bank berurusan dengan TNB.
“Walaupun beberapa kali pihak polis bertindak menyaman pemandu-pemandu kenderaan yang meletak kenderaan di bahu jalan bagi mengelak berlaku kemalangan, disebabkan pandangan pemandu terhalang untuk melihat kenderaan dari arah kiri jalan,” katanya yang berharap Pihak Berkuasa Tempatan membuat garisan kuning di bahu jalan bagi mengelak oang ramai terus meletak kenderaan di bahu jalan tersebut.
Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini membuat “parking lot” yang baru di bahagian belakang bangunan yang mampu memuat 30 buah kereta tetapi ruang yang disediakan masih tidak mencukupi untuk mengelak kesesakan di kwasan itu.
Orang awam yang ditemui, Abdullah Abd. Rahim, 40, berkata ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa menunggu lama untuk keluar dihalang kenderaan yang diletak tidak tersusun.
Menurutnya lagi, dia bimbang masalah kesesakan di kawasan tersebut akan menjadi semakin teruk memandangkan beberapa buah bangunan premis perniagaan sedang dalam pembinaan.
“Saya bimbang jika pihak berkuasa tempatan tidak mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah ini, keadaan akan menjadi bertambah teruk setelah siapnya bangunan-bangunan premis perniagaan yang sedang giat dibina di kawasan ini. “Dengan taraf sebagai sebuah perbandaran, sistem lalu lintas perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi dengan bertambahnya lot-lot bangunan di Jalan Baru Pak Sabah,” katanya yang memberitahu masalah ini sudah 10 tahun berlaku, semenjak pejabat-pejabat dan bank-bank berpindah ke sini.
Seorang peniaga, Abdul Wahab Nordin, 54, berkata sistem yang bersesuaian perlu dilaksanakan segera pihak MPD sebagaimana yang bersesuaian dengan taraf dungunsbagai sebuh perbandaran.
“Orang tidak wajar disalahkan kerana meletak kenderaan di bahu jalan dengan ruang letak kenderaan yang tidak mencukupi.
Beliau yang meletak kenderaan di bahagian belakang bangunan disepanjang longkang besar bagi mengelak disaman pihak polis terpaksa berbuat demikian walaupun menyedari berhadapan dengan risiko berlakunya kehilangan barang-barang dalam kendaraan kerana kawasantersebut jauh dari pandangan orang ramai.
Dahlan Noor Mohd, 45, seorang kakitangan kerajaan berkata dengan membiarkan masalah ini beterusan, imej dungun sebagai sebuah perbandaran akan jatuh dan tidak diperlekeh oleh segelintir pihak yang sentiasa mencari peluang menjatuhkan imej bandar ini.
Selain daripada mengancam keselamatan orang ramai perkara ini juga mencacat pemandangan di kawasan Jalan Baru Pak Sabah.
Sudah tiba masanya, MPD perlu melaksanakan satu system yang lebih efisyen seperti menyediakan ruang letak kereta bertingkat ataupun menyediakan satu kawasan khusus untuk meletakkenderaan.
“Orang ramai lebih rela membayar kupon letak daripada disaman pihak berkuasa keana kesalahan meleak kenderaan di bahu jalan.
“Apa yang lebih penting, orang ramai dapat mengelak daripada membazir masa dengan terperangkap di kawasan tidak bersistem ini dan keselamatan lebih terjamin.
“Setelah 10 tahun maslah ini berlaku, orang ramai sudah jemu dengan sikap MPD yang seolah-olah gagal mengambil langkah penyelesaian,” katanya
“Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali
Peniaga percaya “Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali dengan perpindahan stesyen bas dan teksi.
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
Kuala Dungun: Peniaga di Kuala Dungun gembira dengan perpindahan stesyen bas dan teksi dari Jln Baru Pak Sabah di dalm usaha pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun yang suatu ketika dahulu merupakan bandar utama daerah Dungun.
Tinjauan Edisi Timur di sekitar kawasan berkenaan yang berkedudukan berdekatan dengan jambatan Kuala Dungun mendapati, beberapa buah bangunan sedang dalam pembinaan termasuk sebuah bangunan hotel milik persendirian, bangunan pusat niaga MPD, bangunan Balai Bomba dan Penyelamat dan beberapa bangunan milik persendirian termasuk sebuah hotel.
Musa Idris, 65, peniaga di Arked Mara bersebelahan stesyen bas baru berkenaan berkata, sebagai seorang peniaga, beroperasi di lokasi yang dikunjungi ramai merupakan satu fakor yang diutamakan, dengan berpindahnya steyen bas dan teksi ke kawasan ini, perniagaan akan bertambah maju.
Beliau yang berkeyakinan penuh dengan usaha-usaha yang dilakukan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun memberanikan diri memulakan perniagaan barang-barang runcit dengan menyewa sebuah lot Arked Mara semenjak setahun yang lalu walaupun sebelum ini kawasan Kuala Dungun tidak dikunjungi ramai orang dan lebih dikenali sebagai “pekan mati”.
“Saya percaya dengan perpindahan stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, pekan yang seolah-olah mati akan hidup kembali.
“Bagi mereka yang kurang arif dan tidak tahu rancangan sebenar yang dirancang pihak berkuasa tempatan dan membuat tafsiran dengan tindakan PBT yang dipengaruhi kepentingan segelintir pihak, sepatutnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa sendiri bagi mengelak berlaknya salah faham dan sebagainya.
“Usaha PBT memajukan kawasan ini seharusnya disokong penuh bukannya bersikap mencari kelemahan pihak lain sahaja,” katanya yang berpendapat salah faham sering berlaku di kalangan masyarakat setempat termasuk di kalangan para peniaga sendiri adalah kerana mereka berpandangan singkat sedangkan tidak semua perlaksanaan projek akan dapat dilihat hasilnya dalam masa yang singkat apatah lagi dalam masa dua, tiga bulan sahaja.
Seorang lagi peniaga yang menyewa lot Arked Mara, Abdullah Salleh, 40, berkata keputusan memindahkan stesen bas dan teksi ke kawasan ini memberi kemudahan kepada banyak pihak, terutama sekali peniaga-peniaga di kawasan ini terutamanya peniaga di Arked Mara yang selama ini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Malah ada diantara kedai tersebut terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan.
Begitu juga dengan peniaga-peniaga dan orang ramai di laluan bas itu nanti, kawasan tersebut akan berubah dan membuka peluang-peluang perniagaaan khususnya kepada peniaga gerai makan dan sebagainya.
Sementara itu, Abdullah Mohd, 55, pengusaha bas yang dilantik sebagai Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kawasan Dungun sempena perpindahan stesyen bas ke Kuala Dungun berkata, sebagai wakil pengusaha-pengusaha bas, beliau berterim kasih pihak MPD memberi kelonggaran berpindah sehingga selepas sambutan tahun baru cina kepada pengusaha-pengusaha bas yang mempunyai masalah dengan penjualan tiket yang telah dijual dengan mencatat tempat menaiki kenderaan di Stesyen Pak Sabah.
“Sebahagian pengusaha-pengusah bas akan berpindah ped pertengahan Januari dan sebahagian yang lain akan terus berada di stesyen baru Pak Sabah sehingga selepas sambuatan tahun baru cina bagi mengelak orang ramai terlepas menaiki bas kerana tiket sempena tahun baru cina sudah dijual dengan mencatat lokasi menaiki bas di Stesyen Pak Sabah.
Beliau berharap pihak MPD dapat memastikan beberapa keperluan dan tuntutan daripada pengusaha-pengusaha bas sebagaimana yang diketengahkan beliau dalam mesyuarat bersama PBT pada Novemer lalu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi lalu lintas, kepentingan pengusaha bas terjaga dan keselamatan orang awam terjamin.
Di antaranya beliau mengusulkan meminta jalan yang sempit di simpang empat berdekatan padang bola Kg Seberang Pintasan diperluaskan kerana tidak sesuai untuk laluan bas, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Pihak MPD juga diminta membina “curve” di stesyen bas bagi menjamin keselamatan orang ramai, tempat tersebut perlu dibina “curve” kerana ruangnya luas tidak sebagaimana di Stesyen Pak Sabah.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin yang dihubungi berkata sikap sesetengah pihak yang mempertikai usaha yang di lakukan pihak berkuasa tempatan dengan memindah stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk membangunkan kawasan Kuala Dungun yang sudah semestinya akan turut memberi manfaat kepada semua pihak.
“Pihak Berkusa Tempatan sebelum ini sudah mencapai kata sepakat tentang perpindahan ke stesyen baru tersebut termasuklah daripada pengusaha-pengusaha bas dan pemandu teksi sendiri.
Ditanya mengenai persiapan untuk kelancaran laluan bas yang akan melalui laluan Tanjung Jara, Seberang Pintasan dan jambatan Baru Kuala Dungun dan status jalan dari Sura Gate ke Kuala Dungun yang masih dalam pembinaan, beliau berkata, keputusan pihak Majlis Perbandaran Dungun mengalih stesyen bas dan teksi bertujuan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan jalan yang belum siap sepenuhnya di Sura Gate tidak imbul kerana pembinaan jalan tersebut akan berjalan seperti biasa dan mempunyai empat lorong.
Musa Idris, 65, peniaga di Arked Mara bersebelahan stesyen bas baru berkenaan berkata, sebagai seorang peniaga, beroperasi di lokasi yang dikunjungi ramai merupakan satu fakor yang diutamakan, dengan berpindahnya steyen bas dan teksi ke kawasan ini, perniagaan akan bertambah maju.
Beliau yang berkeyakinan penuh dengan usaha-usaha yang dilakukan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun memberanikan diri memulakan perniagaan barang-barang runcit dengan menyewa sebuah lot Arked Mara semenjak setahun yang lalu walaupun sebelum ini kawasan Kuala Dungun tidak dikunjungi ramai orang dan lebih dikenali sebagai “pekan mati”.
“Saya percaya dengan perpindahan stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, pekan yang seolah-olah mati akan hidup kembali.
“Bagi mereka yang kurang arif dan tidak tahu rancangan sebenar yang dirancang pihak berkuasa tempatan dan membuat tafsiran dengan tindakan PBT yang dipengaruhi kepentingan segelintir pihak, sepatutnya mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa sendiri bagi mengelak berlaknya salah faham dan sebagainya.
“Usaha PBT memajukan kawasan ini seharusnya disokong penuh bukannya bersikap mencari kelemahan pihak lain sahaja,” katanya yang berpendapat salah faham sering berlaku di kalangan masyarakat setempat termasuk di kalangan para peniaga sendiri adalah kerana mereka berpandangan singkat sedangkan tidak semua perlaksanaan projek akan dapat dilihat hasilnya dalam masa yang singkat apatah lagi dalam masa dua, tiga bulan sahaja.
Seorang lagi peniaga yang menyewa lot Arked Mara, Abdullah Salleh, 40, berkata keputusan memindahkan stesen bas dan teksi ke kawasan ini memberi kemudahan kepada banyak pihak, terutama sekali peniaga-peniaga di kawasan ini terutamanya peniaga di Arked Mara yang selama ini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Malah ada diantara kedai tersebut terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan.
Begitu juga dengan peniaga-peniaga dan orang ramai di laluan bas itu nanti, kawasan tersebut akan berubah dan membuka peluang-peluang perniagaaan khususnya kepada peniaga gerai makan dan sebagainya.
Sementara itu, Abdullah Mohd, 55, pengusaha bas yang dilantik sebagai Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kawasan Dungun sempena perpindahan stesyen bas ke Kuala Dungun berkata, sebagai wakil pengusaha-pengusaha bas, beliau berterim kasih pihak MPD memberi kelonggaran berpindah sehingga selepas sambutan tahun baru cina kepada pengusaha-pengusaha bas yang mempunyai masalah dengan penjualan tiket yang telah dijual dengan mencatat tempat menaiki kenderaan di Stesyen Pak Sabah.
“Sebahagian pengusaha-pengusah bas akan berpindah ped pertengahan Januari dan sebahagian yang lain akan terus berada di stesyen baru Pak Sabah sehingga selepas sambuatan tahun baru cina bagi mengelak orang ramai terlepas menaiki bas kerana tiket sempena tahun baru cina sudah dijual dengan mencatat lokasi menaiki bas di Stesyen Pak Sabah.
Beliau berharap pihak MPD dapat memastikan beberapa keperluan dan tuntutan daripada pengusaha-pengusaha bas sebagaimana yang diketengahkan beliau dalam mesyuarat bersama PBT pada Novemer lalu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran operasi lalu lintas, kepentingan pengusaha bas terjaga dan keselamatan orang awam terjamin.
Di antaranya beliau mengusulkan meminta jalan yang sempit di simpang empat berdekatan padang bola Kg Seberang Pintasan diperluaskan kerana tidak sesuai untuk laluan bas, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Pihak MPD juga diminta membina “curve” di stesyen bas bagi menjamin keselamatan orang ramai, tempat tersebut perlu dibina “curve” kerana ruangnya luas tidak sebagaimana di Stesyen Pak Sabah.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin yang dihubungi berkata sikap sesetengah pihak yang mempertikai usaha yang di lakukan pihak berkuasa tempatan dengan memindah stesyen bas dan teksi ke kawasan ini, tidak sepatutnya berlaku kerana usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk membangunkan kawasan Kuala Dungun yang sudah semestinya akan turut memberi manfaat kepada semua pihak.
“Pihak Berkusa Tempatan sebelum ini sudah mencapai kata sepakat tentang perpindahan ke stesyen baru tersebut termasuklah daripada pengusaha-pengusaha bas dan pemandu teksi sendiri.
Ditanya mengenai persiapan untuk kelancaran laluan bas yang akan melalui laluan Tanjung Jara, Seberang Pintasan dan jambatan Baru Kuala Dungun dan status jalan dari Sura Gate ke Kuala Dungun yang masih dalam pembinaan, beliau berkata, keputusan pihak Majlis Perbandaran Dungun mengalih stesyen bas dan teksi bertujuan untuk memajukan kawasan Kuala Dungun dan masalah yang berkaitan dengan pembinaan jalan yang belum siap sepenuhnya di Sura Gate tidak imbul kerana pembinaan jalan tersebut akan berjalan seperti biasa dan mempunyai empat lorong.
Hospital Dungun sudah tidak relevan
Dungun: Orang ramai meminta pihak berwajib menggantikan hospital lama yang sudah tidak lagi sesuai itu dengan sebuah hospital baru yang bersesuaian dengan taraf Dungun sebagai sebuah Perbandaran.
Kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ruangan sempit di unit fisioteraphy turut mengganggu kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan di unit berkenaan.
Tinjauan Edisi timur di sekitar hospital berkenaan mendapati ruangan menunggu di bahagian farmasi dan di bahagian Unit Pesakit Luar terlalu sempit dan kurang selesa kepada pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat, manakala di bahagian fisioteraphy yang menempatkan pelbagai alatan ruangnya juga agak sempit.
Disebabkan ruang yang sempit di ruang menunggu pesakit luar, ruangan tersebut agak sesak dengan orang ramai sehingga kadangkala sebahagian daripada pesakit terpaksa berdiri untuk menunggu giliran mendapat rawatan. Ini menimbulkan keadaan kurang selesa terutama sekali kepada pesakit warga emas dan kanak-kanak.
Seorang pesakit, Ong Meng Swee, 52, yang mendapat rawatan di Unit Fisioteraphy di hospital berkenaan semenjak dua tahun lalu berkata, disebabkan ruang di unit fisioteraphy terlalu sempit tidak banyak peralatan-peralatan pemulihan dapat disediakan untuk kegunaan pesakit di unit itu.
Menurutnya lagi, bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di unit berkenaan makin bertambah dan dengan bilik rawatan yang sempit, kekerapan pesakit untuk mendapatkan rawatan fisioteraphy terpaksa dijarakkan. Beliau yang sepatutnya mendapat rawatan fisioteraphy sebanyak dua kali seminggu hanya mendapat peluang rawatan sekali seminggu sahaja kerana tidak ramai pesakit berpeluang mendapat rawatan pada satu-satu masa.
Beliau dan pesakit-pesakit lain yang mendapat rawatan fisioteraphy terpaksa akur dengan jadual rawatan yang terpaksa dijarakkan walaupun berhadapan dengan risiko penyakit yang dihadapi memaan masa yang lebih lama untuk sembuh.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan daerah Dungun, Omar Mohd Shah berkata, kepentingan mempunyai sebuah hospital yang selesa dan mempunyai kemudahan yang mencukupi sewajarnya diutamakan.
Beliau yang baru-baru ini menghadiri sesi lawatan ke hospital berkenaan turut bimbang dengan maslah yang terpaksa dialami pesakit yang mendapatrawatan di unit fisioteraphy tersbut. Beliau memohon pihak yang berkenaan mempercepatkan pembinaan hospital baru memandangkan hospital yang sedia ada tidak lagi sesuai untuk menampung bilangan orang ramai yang mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan yang semakin bertambah.
Maznah Ibraim, 40, berkata dengan pertambahan bilangan penduduk dan taraf daerah Dungun sebagai sebuah perbandaran, kemudahan menyediakan prasarana perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesihatan masyarakat terjaga manakala kedudukan Hospital Daerah Dungun sekarang ini sudah lagi tidak sesuai kerana terlalu dekat dengan jalan raya yang sentiasa bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.
“Kawasan perkarangan hospital yang sempit dan seolah-olah tidak berlaman, menimbulkan kesulitan kepada orang ramai untuk meletak kenderaan terutama sekali di bahagian rumah simpanan mayat .
“Orang ramai yang datang melawat dan berurusan dirumah mayat berhadapan dengan masalah meletak kenderaan dan terpaksa meletak kenderaan di bahu jalan raya di luar kawasan hospital kerana ruang meletak kenderaan yang disediakan di hadapan rumah simpanan jenazah tidak mencukupi,” katanya yang turut memberitahu walaupun pihak hospiatal menyedia kawasan letak kereta di bahagian belakang hospital, kawasan tersebut yang terletak agak jauh menyebabkan orang ramai tidak meletak kenderaan di kawasan itu.
“Pihak berwajib perlu mengambil langkah segera menangani masalah ini lebih-lebih lagi masalah kesesakan ruang di hospital ini sudah lama dihadapi orang ramai dan ura-ura pembinaan hospital baru sudah bertahun diwar-warkan, sedangkan tahun demi tahun bilangan penduduk semakin bertambah.
“Sampai bilakah orang ramai perlu berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa dan terpaksa mengurangkan kekerapan mendapatkan rawatan ekoran ruangan yang sempit yang sekaligus mengganggu proses untuk sembuh dari peyakit yang dihadapai,” katanya.
Adun Paka, Zakaria berkata, pesakit yang mendapat rawatan di HD bukan sahaja dari kalangan warga Dungun malah termasuk dari kawasan Paka dan Bukit Besi memandangkan kawasan tersebut hanya mempunyai klinik kesihatan sahaja.
Beliau berkata, pada perbahasan Baget 2010 baru-baru ini beliau membangkitkan usul pembinaan hospital baru yang tidak tersenarai dalam rancangan RMK ke 9 dan ahli dewan berharap keutamaan perlaksanaan pembinaan hospital baru ini diutamakan dalam RMK ke 10.
Menurutnya lagi, di dalam persidangan itu juga kerajaan negeri melalui EXCO Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. A.Rahman dengan sokongan Menteri Besar dan Pengarah Kesihatan Negeri mengusul kepada Menteri kesihatan Malaysia, Dato’ Liow Tong Lai supaya mensegerakan pembinaan hospital baru yang dianggarkan beranggaran RM 120 juta dengan kapasiti120 hingga 150 katil memandangkan tapak seluas20.5221 hakter telus diluluskan MMKN pada 17.6.2009 dan hanya menunggu pembayaran oleh Pesuruhjaya Tanah.
Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: Sememangnya penduduk Kampung Santong berasa bertuah kerana Syarikat Process-3 Services Solution Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyelenggaraan bahan kimia industri petrokimia bertaraf antarabangsa yang membuka sebuah cawangan di Paka memberi keutamaan penduduk tempatan mendapat tempat di itu semenjak memulakan operasi 2 tahun lalu.
Peka dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Process-3 Services Solution Sdn Bhd buat kali ke tiga menganjurkan program komuniti Process-3 bersama Penduduk Santong yang dihadiri lebih 500 penduduk kampung.
Seramai 10 anak yatim, 10 Orang Kelainan Upaya (OKU), 15 warga emas, 30 kanak-kanak tabika serta 15 ibu tunggal menerima sumbanganyang disampaikan oleh Pengarah Syarikat Process-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh.
Pengarah Rocess-3 Sdn Bhd, Yaakub Puteh, sudah menjadi keutamaan kepada syarikat Process-3 Services Solutin Sdn Bhd mengutamakan penduduk di kawasan sekitar setiap kali cawangan mula beroperasi.
Pengerusi JKKK, Kampung Santong, Shafie Salleh berkata polisi yang diamalkan syarikat ini wajar dicontohi syarikat-syarikat lain kerana ianya dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan generasi muda.
Process-3 dari semasa ke semasa menganjur program bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung yang diantaranya ialah jamuan Aidilfitri, bantuan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan sebagainya.
“Kita berharap hubungan dua hala yang terjalin dapat dipreratkan dengan adanya majlis seperti mana yang diadakan pada hari ini,” katanya
Penduduk, Azmi Yusof, 50, berkata beliau yang merupakan penduduk Kampung Santong yang terawal diterima bekerja dengan syarikat Process-3 mengucapkan berbanyak terima kasih dan berasa bangga apabila ramai penduduk kampung khususnya generasi ke dua diberi keutamaan mendapat tempat di Process-3.
Majlis yang diadakan serentak dengan jamuan hari raya bermula jam 8.00 malam berakhir jam 11 malam itu diserikan dengan persembahan silat seni tari helang dari pelajar sekolah menengah di sekitar Paka turut dihadiri Ahli Parliemn Dungun, Mathulidi Jusoh; ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah, Ketua Polis Balai Polis PAka, Chif Inspektor Mahadi Husin serta pengerusi JKKK kampung dalam DUN Paka.
5851: Sebahgian penduduk Kampung Santong bergambar bersama Kakitangan Process-3 Services Solution Sdn Bhd di majlis komuniti bersama penduduk Santong serta sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)dan ibu tunggal
5880: 5878: 5877: Pengarah Syarikat Process-3 Services Solution, Yaakob Puteh menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Santong disaksikan Pengerusi JKKK Kampung Santong Shafie Salleh
5863: Majlis penyampaian sumbangan anjuran turut diserikan dengan persembahan Silat seni tari Helang oleh pelajar sekolah menengah sekitar Paka
Friday, November 19, 2010
Wednesday, November 3, 2010
ADUN Lenggeng diperintah bela diri
2010/11/03
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim diperintah membela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan kelulusan permit pasir membabitkannya.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim diperintah membela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan kelulusan permit pasir membabitkannya.
Tuesday, November 2, 2010
Mc Donald Dungun beroperasi
Dungun:Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Dungun, berkata premis perniagaan MC D di Jalan Baru Pak Sabah dibuka secara rasmi Isnin lalu dan dijamin konsultant dilantik.
Monday, November 1, 2010
Malaysian Bar Disappointed With The Court of Appeal’s Decision On The Royal Commission of Enquiry’s Report On The VK Lingam Video Clip
Ragunath Kesavan President Malaysian Bar 25 August 2010
The Malaysian Bar is disappointed that the Court of Appeal, by a majority, has decided to grant the appeal by V K Lingam, Tun Ahmad Fairuz and Tun Eusoff Chin for leave to quash the Report by the Royal
Commission of Enquiry on the “video clip incident” in whole or in parts.
KDNK meningkat?? apa ulasan anda??
...Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi? more...
Malaysian woman wins suit over surgery photos: lawyer
A Malaysian woman on Thursday won a damages payout after suing her surgeon for taking photographs of her backside during haemorrhoid surgery, her lawyer said.
Tunjuk bukti sebelum tuduh: Azhar
KEPALA BATAS: Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, mahu pakatan pembangkang
Kak Nung turun padang
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Senator Hajjah Zainon A. Bakar bukanlah nama asing dalam memperjuangkan nasib wanita khususnya semenjak 2008 apabila diberi amanah memikul taggungjawab sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun.
KDNK meningkat?? apa ulasan anda??
....Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi?
UiTM Cawangan Dungun lancar TTRC dan UTA
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Sambutan hari pelancongan sedunia bertema 'tourism and biodiversity' yang disambut meriah UiTM Cawangan Dungun dengan penganjuran pelbagai acara ternyata lebih bermakna kdengan pelancaran Terengganu Tourisme Research Centre (TTRC) dan UiTM Terengganu Ambassador (UTA).
Bakal haji parlimen dungun dirai,
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Penganjuran sesuatu majlis secara bergotong royong sudah semestinya mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat apatah ianya melibatkan penglibatan ramai pihak.
Pantai berahi
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
bhkt@bharian.com.my
2010/10/08
« sebelum selepas »
- PASANGAN mengambil kesempatan keadaan kawasan tepi pantai yang berbukit dan belukar untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
- Amir (tiga dari kiri) menyoal sepasang kekasih di kawasan bukit di tepi Pantai Teluk Bidara.
Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam
Rancang Skor A SPM Bank Rakyat 2 hari
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Seramai 250 pelajar anak-anak kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Berhad dan anggota koperasi 7 buah sekolah daerah Dungun bertuah kerana terpilih menyertai Seminar Skor A SPM anjuran Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian selama sehari di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA) baru-baru ini.
written guidelines on using Facebook during working hours
LONDON - Government and council employees in the UK using social networking sites at work or posting inappropriate comments from home are likely to face serious action, which includes being sacked.
Police censured eight employees last year after they found using police computers to chat with their friends online.
Tiga projek perkedaian lebih 20 juta ditawar MPD
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: MPD Komited Membangunkan Premis Perniagaan khususnya bagi membantu para peniaga memperkembangkan perniagaan serta merancakkan aktiviti perniagaan di daerah Dungun.
YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!! katakan TIDAK...)
>>>sumber laman blogger : jarang anak melayu
.....Siapa bilang (?) UMNO DUN Sura bergolak? Itu hanya andaian dan telahan kosong orang-orang yang tidak berpuas hati dengan ‘kehebatan’ dan kemantapan DUN Sura. Seantero Malaysia sudah mengetahui bahawa DUN Sura dalam Bahagian Dungun merupakan antara DUN UMNO ‘terhebat’ dalam negeri Terengganu.
YANG DIKIRIM BERSANTAI
>sumber jarang anak melayu...
Hari ini (7 Oktober 2010) seramai 19 orang pemimpin UMNO telah dikirim untuk bersantai ke Kota Bandung, Indonesia. Daripada jumlah itu, 11 daripadanya terdiri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dungun (termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian). Turut tersenarai sama Setiausaha UMNO Bahagian Marang dan seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Terselit di dalamnya enam pegawai/kakitangan (?) sebuah yayasan di bawah MARA iaitu YPM.
...Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: Sememangnya penduduk Kampung Santong berasa bertuah kerana Syarikat Process-3 Services Solution Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyelenggaraan bahan kimia industri petrokimia bertaraf antarabangsa yang membuka sebuah cawangan di Paka memberi keutamaan penduduk tempatan mendapat tempat di itu semenjak memulakan operasi 2 tahun lalu.
The Ottoman-era Sultan Ahmed or Blue Mosque in Istanbul.
Skeptics and cynics alike have said that the quest for the moderate Muslim in the 21st century is akin to the search for the Holy Grail. It’s not hard to understand why. Terrorist attacks, suicide bombings and the jihadist call for Muslims “to rise up against the oppression of the West” are widespread.
Adun Wakaf Mempelan vs YB Ahmad Said
Comtinues...
Yang berhormat datuk yang dipertua, Kami pembangkang tetapi kami tidak bangkang semua sekali. Ada benda baik yang kita sokong tapi benda yang tak baik kita tegur, bukan bangkang membabi buta dan wakil paka tadi sebut berhubung penggunaan balai raya ini lama dah kita sebut. Untuk dijadikan tadika,kita sebuta waktu kita memerintah dahulu biarlah tadika ini balai raya ini untuk manffat kegunaan orang kamung buka untu dijadikan kelas tadika. Dan saya setuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Sunday, October 31, 2010
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
PILIHAN RAYA 2008
N21 – PERAMU JAYA : Ibrahim Awang Ismail (BN-Umno)
N21 – BUKIT KEPAYANG : Cha Kee Chin (DAP)
N8 – BAGAN JERMAL : Lim Hock Seng (DAP)
P87 – KUALA KRAU : Ismail Mohamed Said (BN-Umno)
P85 – PEKAN : Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (BN-Umno)
N11 – PERMATANG PASIR : Mohd Hamdan Abd Rahman (Pas)
N12 – PENANTI : Mohammad Fairus Khairuddin (PKR)
N21 – PERAMU JAYA : Ibrahim Awang Ismail (BN-Umno)
N21 – BUKIT KEPAYANG : Cha Kee Chin (DAP)
N8 – BAGAN JERMAL : Lim Hock Seng (DAP)
P87 – KUALA KRAU : Ismail Mohamed Said (BN-Umno)
P85 – PEKAN : Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (BN-Umno)
N11 – PERMATANG PASIR : Mohd Hamdan Abd Rahman (Pas)
N12 – PENANTI : Mohammad Fairus Khairuddin (PKR)
Friday, October 29, 2010
Thursday, October 28, 2010
Tuesday, October 19, 2010
Sunday, October 17, 2010
Friday, October 15, 2010
Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Arkib Berita
-
►
2012
(8)
- ► 04/22 - 04/29 (4)
- ► 04/08 - 04/15 (4)
-
►
2011
(20)
- ► 09/11 - 09/18 (5)
- ► 09/04 - 09/11 (14)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
▼
2010
(58)
- ▼ 12/12 - 12/19 (3)
-
►
11/21 - 11/28
(20)
- Taxi driver detained over molest
- Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Kead...
- Sarang penagih
- Dialog serlah fikiran bernas
- Rumah arak diroboh
- Perlantikan Syarikat Perunding Pendalaman Muara Su...
- CIMB Paka, MEKAR menganjur kempen “Lindungi Penyu”
- Jalan Roboh Telaga Mas ditimbus
- Pejabat Kesihatan daerah Dungun menyediakan laluan...
- Rakyat sudah hayati 1Malaysia
- Kontraktor utamakan pekerja asing
- Hutan Lipur Rantau Abang terabai
- Perumahan Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) Telaga...
- Kesal masjid dibina setahun bocor
- Kelab Pemotoran Parlimen Dungun
- PENDUDUK BUKIT BESI TERKILAN
- Ruang meletak kenderaan tidak mencukupi di Jalan P...
- “Pekan Mati’ Kuala Dungun akan bernafas kembali
- Hospital Dungun sudah tidak relevan
- Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan
-
►
10/31 - 11/07
(21)
- ADUN Lenggeng diperintah bela diri
- Kertas siasatan kes P I Balasubramaniam ditutup
- Mc Donald Dungun beroperasi
- Malaysian Bar Disappointed With The Court of Appea...
- KDNK meningkat?? apa ulasan anda?? ...Paling asa...
- Malaysian woman wins suit over surgery photos: lawyer
- Tunjuk bukti sebelum tuduh: Azhar
- Kak Nung turun padang
- KDNK meningkat?? apa ulasan anda??
- UiTM Cawangan Dungun lancar TTRC dan UTA
- Bakal haji parlimen dungun dirai,
- Pantai berahi
- Rancang Skor A SPM Bank Rakyat 2 hari
- written guidelines on using Facebook during workin...
- Tiga projek perkedaian lebih 20 juta ditawar MPD
- YANG BERGOLAK - DUN SURA? (oh!! katakan TIDAK...)
- YANG DIKIRIM BERSANTAI
- ...Process-3 utama tenaga kerja penduduk tempatan
- The Ottoman-era Sultan Ahmed or Blue Mosque in Ist...
- Adun Wakaf Mempelan vs YB Ahmad Said
- KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
- ► 10/17 - 10/24 (2)