Monday, November 1, 2010

Kak Nung turun padang

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   Senator Hajjah Zainon A. Bakar bukanlah nama asing dalam memperjuangkan nasib wanita khususnya semenjak 2008 apabila diberi amanah memikul taggungjawab sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun.
                Mewarisi darah perjuangan daripada keluarga beliau yang aktif memperjuangkan nasib rakyat dan berbekal pengalaman semenjak berumur 18 tahun bergiat dalam politik sebagai ahli UMNO Cawangan Kijal menyebabkan beliau tidak pernah kenal erti jemu menganjur berbagai program dengan natlamat memajukan wanita melayu dalam agenda politik, sosial, pendidikan dan ekonomi tercapai, selain berkemampuan dan bernasib baik tidak terabai.
                Lebih dikenali masyarakat dengan nama “Kak Nong” wanita berusia 57 tahun ini yang melibatkan diri secara aktif dalam politik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Kampung Molek  dan dilantik sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun pada Oktober 2008 dan Ahli Dewan Negara berazam meningkatkan infrastruktur di daerah Dungun dan membantu wanita khususnya dalam bidang ekonomi.

                Dengan dua tanggungjawab besar sebagai Ahli Dewan Negara dan Ketua Wanita UMNO Bahagian beliau tidak pernah menjadikan ianya sebagai alasan untuk beliau berhenti bergiat di dalam badan sukarela yang sudah menjadi darah daging semenjak remaja lagi walaupun beliau sentiasa dicemburui masa.
                “Sedaya upaya saya akan berusaha memastikan setiap jemputan program dipenuhi dan memluangkan masa turun padang dalam usaha memastikan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan diberi tumpuan.
Kak Nong bukanlah asing kepada persatuan Perkumpulan Perempuan Negeri Terengganu, Persatuan Bulan Sabit Merah, Sudut Pelita Daerah Dungun, Persatuan Sejarah daerah Dungun, Lembaga Perkumpulan Perempuan Islam daerah Dungun (LKPI), Persatuan Belia 4B daerah Dungun, Majlis Belia Daerah Dungun, PEMADAM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dungun dan Mahkamah Juvana daerah Dungun.
Pengalaman sebagai setiausaha Wanita UMNO Bahagian Dungun selama 15 tahun dan naib ketua selama 8 tahun memberi pengalaman yang amat berharga kepada beliau berkhidmat sebaik yang mungkin dan menangani cabaran dalam memikul tanggungjawab sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun.
Kepimpinan Datok Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) menjadi idola kepada beliau dalam melipat gandakan usaha agar setiap apa yang di garapkan pimpinan pucuk parti mencapai matlamat yang diharapkan.
                Dalam dewan negara beliau lantang bersuara membangkit pihak kerajaan menyegerakan pembinaan Hospital Dungun (HD) yang sebelum ini telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia (RM) 10, pembinaan MRSM di Kampung Batu Tiong serta penambahan bilangan sekolah aliran ugama di daerah Dungun.
                “Pembinaan HD yang baru perlu disegerakan memandangkan keadaan HD yang sedia ada sudah tidak relevan dengan pertambahan orang ramai mendapat rawatan serta bersesuaian dengan Dungun sebagai sebuah perbandaran yang perlu mempunyai kemudahan asas yang dapat menyedia perkhidmatan selesa kepada orang ramai.      
                “Ruang fisioterapy sekarang ini yang sempit tidak dapat menempat kemudahan yang mencukupi untuk kegunaan pesakit serta mengakibatkan bilangan kekerapan mendapat rawatan sebagaimana yang sepatutnya dilakukan pesakit terpaksa dikurangkan.  
                Peka dengan bilangan sekolah aliran agama yang tidak mampu memenuhi permohonan daipada ibu bapa yang semakin bertambah dari tahun ke tahun di daerah Dungun beliau bersuara meminta pihak kerajaan menambah bilangan sekolah agama yang sedia ada.
                “Saya membangkit isu ini dalam persidangan dewan pada April kerana isu ini melibatkan daerah-daerah yang lain bukan sahaja di derah Dungun sahaja, justeru itu isu ini perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
                Isu yang dibangkitkan beliau turut menyentuh penyemakan semula undang-undang had laju dilebuh raya yang perlu disemak semula kerana had laju 90 kilometer sejam di lebuhperlu dikaji semula kerana ianya sudah tidak praktikal untuk pemanduan di jalan lebuhraya.
                “Had laju yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan sebagai contoh pemandu teraksa mematuhi had laju yang ditetapkan walaupun dalam keadaan memotong untuk mengelak daripada disaman ekor.
                Tugas sebagai ketua Wanita UMNO bahagian Dungun tidak dilupa walaupun sibuk menghadiri perbahasan di dewan parlimen bermula dari menyampai sumbangan kepada golongan miskin hinggalah bersama-sama ahli wanita dalam program peringkat cawangan.
                Dengan komitmen yang diberikan mengetuai ‘gempur kebajikan’ tidak hairanlah sudah ramai keluarga kurang bernasib baik terbela dengan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka.
                “Tiada yang lebih bermakna bagi saya daripada dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin dan melihat pihak yang dibantu tersenyum setelah maslah yang dihadapi dapat diselesaikan.
                Peranan beliau tidak hanya tertumpu kepada  membantu golongan wanita, beliau turut aktif menggembeling tenaga bersama-sama jabatan-jabatan kerajaan dengan menjawat jawatan naib pengerusi PEMADAM daerah, ahli masjlis panel Dungun membangun, ahli majlis pembangunan ussahawan Dungun dan lain-lain lagi.
               
               
Profil
Senator Zainun A. Bakar
Jawatan: Ahli Dewan Negara, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Dungun
Umur: 57 tahun
Tarikh lahir: 15 April 1953
Tempat lahir: Kijal Kemaman
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan (SK)Kijal, Kemaman
Sekolah Menengah (SM) Tengku Intan Zaharah, Dungun
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Diploma Sains Kesetiausahaan di Trengkas Kebangsaan Institut Seremban
Dploma English Stamford College (2002)
Kesetiausahaan Eksekuti Stamford College (2002)

 Jawatan lain:
EXCO Perkumpulan Perempuan Malaysia
Ahli Jawatankuasa Majlis Belia daerah Dungun
Naib Pengerusi PEMADAM daerah Dungun
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Dungun (HD)
Ahi Majis Pembangunan Usahawan Dungun
Ahli Majlis Panel Dungun Membangun
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebajikan Pusat daerah Dungun
Ahli Majlis Penasihat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

Suami: Abdullah bin Abdulatif Omar
Pekerjaan:
Pengarah Institut Perdagangan Malaysia (IPM)
Pengurus AMIZA Enterprise
Pengarah Akademi IPM Sdn. BHd
Pengurus Hotel IPM Dungun

Alamat: JKR771, Jalan Pegawai, 23000, Dungun, Terengganu
Tel: 098452323   faks: 09848232