Monday, November 1, 2010

Tiga projek perkedaian lebih 20 juta ditawar MPD




Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:   MPD Komited Membangunkan Premis Perniagaan  khususnya bagi membantu para peniaga memperkembangkan perniagaan serta merancakkan aktiviti perniagaan di daerah Dungun.
            Sebanyak  2 bangunan utama telahpun siap sepenuhnya manakala sebuah  Perkedaian Berprestij di Pusat Perniagaan Sura Gate Dungun sedang dalam pembinaan Usahasama Majlis Perbandaran Dungun Dengan Cerah Teguh Sdn. Bhd.
            Perkedaian Berprestij di Pusat Perniagaan Sura Gate Dungun yang dibangunkan di tengah-tengah Pusat Perniagaan Sura Gate, Dungun merupakan sebuah lokasi perkedaian yang strategik sekaligus menjadikan ianya sebuah pelaburan yang menarik dan bakal memeri pulangan yang tinggi.
            Pembangunan perkedaian yang bermula awal September lalu melibatkan pembinaan 34 unit kedai dan pejabat 3 tingkat di atas tanah pajakan selama 99 tahun dengan anggaran nilai projek RM20 juta.
Pengarah Urusan Cerah Teguh sebagai syarikat pembangun, Miss Chang Bing Yan, berkata pembangunan perkedaian pretij ini turut menyedia kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi setra kuota bumiputera 50% dengan unit yang terhad
Projek yang dimulakan pada  2 Ogos 2010 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan yang dilancar penjualan unit kedai dan pejabat berlangsung pada 1 Ogos lalu  bertempat di lot 9993, Tingkat 3, Sura Gate Business Centre dengan tawaran harga jualan dari RM779 ribu hingga RM1,227 juta dengan tawaran diskaun 5 % untuk bumiputera.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Husin, berkata pada pertengahan Ogos MPD 2 buah projek perkedaian telah dibuka untuk disewa orang ramai iaitu Projek Perkedaian 4 unit 4 tingkat, Batu 49, Dungun Berhampiran Balai Polis Dungun dan Projek Perkedaian 4 unit 2 tingkat, Bukit Pak Sabah Berhadapan Ibu sawat Telekom.
            Projek perkedaian 4 unit 4 tingkat, di Batu 49 menelan kos  RM3,021,000.00 disewa oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun manakala Perkedaian 4 unit 2 tingkat, Bukit Pak Sabah yang dibeli daripada  Tetuan Lancar Marketing Sdn. Bhd sedang dibuka untuk permohonan sewa oleh orang ramai.