Monday, November 1, 2010

Rancang Skor A SPM Bank Rakyat 2 hari

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN:   Seramai 250 pelajar anak-anak kakitangan Bank Kerjasama Rakyat Berhad  dan anggota koperasi 7 buah sekolah daerah Dungun bertuah kerana terpilih menyertai  Seminar Skor A SPM anjuran Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian selama sehari di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA) baru-baru ini.
Pengerus Besar Yayasan Bank Rakyat, Abdul Lidzam Muhamad Alias, berkata Seminar Skor A, UPSr, PMR dan SPM  adalah salah satu daripada aktiviti Tanggungjawab Social Korporat (CSR) 2010 yang berobjektif membantu pelajar khususnya anak-anak anggota Bank Rakyat membuat persediaan menghadapi peperiksaan utama sekali gus mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
                Untuk tahun 2010, 53 sesi Seminar Skor A berjaya dianjur iaitu 18 sesi masing-masing bagi Seminar Skor A UPSR dan PMR manakala Seminar Skor A SPM sebanyak 17 sesi seminar.
                Pada tahun depan Yayasan Bank Rakyat merancang akan mengadakan seminar SPM selama dua hari samada berbentuk program secara harian ataupun bermalam berbanding sekarang ini yang diadakan selama sehari sahaja.
                 “Kita merancang mengadakan aktiviti motivasi pada hari pertama manakala pada hari kedua diadakan bengkel subjek dengan pertambahan bilangan subjek berbanding hanya 3 subjek sahaja sekarang ini.
                Abdul Lidzam berkata, bagi membantu para pelajar melanjutkan pelajaran Bank Rakyat turut menyedia kemudahan biasiswa dan pinjaman boleh ubah kepada anak-anak muda yang berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam ataupun Swasta dalam program sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 38, 000 untuk pengajian selama empat tahun.
                “Sementara itu, para pelajar yang mendapat tajaan Bank Rakyat mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan dalam Kumpulan Bank Rakyat termasuk bekerja dengan anak-anak syarikat samada di bidang industri pelancongan, pembinaan dan sebagainya.
                Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas,  Abdul Syahlem Abdul Razak, berkata beliau berasa amat bertuah terpilih menyertai seminar yang banyak memberi tip-tip menghadapi peperiksaan terutma dalam subjek bahasa Inggeris dan Matematik.
                “Pengalaman mengikuti Seminar Skor A PMR pada tahun 2008 membuatkan saya teruja apabila dimaklumkan guru bahawa terpilih menyertai seminar ini.
                Asharuddin Abd Hamid, beliau berkata seminar yang diikuti banyak membantu beliau mengenal pasti kelemahan yang lazim dilakukan pelajar semasa menjawab peperiksaan.
                “Saya selalu kesuntukan masa menjawab soalan subjek pengiraan namun dengan ternyata
“Kemahiran pengurusan masa dalam dewan peperiksaan dan kaedah menjawab yang lebih cepat yang diajar penceramah menyelesai masalah kesuntukan masa menjawab yang saya hadapi di dalam subjek pengiraan,” katanya.
Turut hadir di Majlis yang dirasmikan ialah Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun, Muhamad Jaffar Taib, Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Zakariah Ali serta Pengarang Pendidikan Berita Harian Sdn Bhd, Yusuf Abu Bakar.ends