Sunday, November 21, 2010

CIMB Paka, MEKAR menganjur kempen “Lindungi Penyu”




Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya:   Kempen “Lindungi Penyu” anjuran CIMB Bank dan Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (MEKAR) berjaya menarik lebih 700 warga Ketengah Jaya terlibat di dalam pelbagai aktiviti di Padang Awam Kerteh 5 bagi memupuk kesedaran pemuliharaan penyu baru-baru ini.
                Orang ramai mula memenuhi dewan tersebut bermula jam 2.00 petang bagi menyaksikan pameran replika penyu dan menyertai berbagai pertandingan yang dianjurkan diantaranya pertandingan memakai pakaian beragam penyu, pertandingan melukis dan mewara habitat penyu, pertandingan membentuk logo penyu dengan menggunakan 2000 keping duit syiling 20 sen, kuiz pemuliharaan penyu dan lain-lain lagi.  
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan(JKKR) Kerteh 5, Rashid Muhamad, 46, berkata beliau bangga pada tahun ini Kerteh 5 terpilih diadakan program kempen kesedaran oleh Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (MEKAR) yang banyak memeri kesedaran kepada penduduk kerteh 5 dan juga warga Ketengah Jaya  tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan cara-cara membantu memulihara penyu daripada pupus.
Selain mendapat maklumat berharga penduduk juga berpeluang mendapat maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB kepada pegawai-pegawai yang hadir.  
Irfan Salam Nordin, 12, berkata sebelum ini dia hanya mendapat maklumat mengenai penyu dengan melihat gambar di dalam buku sahaja dan belum perah melihat bentuk penyu yang sebenarnya namun dengan menghadiri ruangan pameran yang diadakan dia berasa bertuah dapat melihat replika berbagai sepsis penyu yang dipamerkan.
“Banyak pengetahuan baru dan amat berguna saya perolehi dengan menyertai program yang dianjurkan,” katanya yang turut mengambil peluang medaftar sebagai ahli MEKAR.
                Pengurus CIMB Kawasan Terengganu, Tengku Jamil Iklil Tengku Hassili, berkata Program “CIMB Mekar di Hati” dengan kerjasam persatuan MEKAR dengan tema “kempen selamatkan penyu kita” ini adalah salah satu daripada program Community Link Challenge yang dilancarkan diseluruh negara.               
                “Kami di CIMB Bank sentiasa menitik beratkan isu-isu yang ada hubungkait dengan kemasyarakatan, justeru itu CIMB Bank telah menubuhkan CIMB Foundation pada tahun lalu bagi melancarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kumpulaan CIMB bank di bawah program yang dikenali sebagai Community Link.
                “Di bawah program ini kami dapat bekerjasam dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO)  yang juga dpat bersama-sama membaiki taraf hidup komuniti tempatan.
                “Pada 2009, sebanyak 169 inisiatif telah dilaksanakan oleh CIMB degan perbelanjaan sebanyak RM 8.56 juta yang meliputi pelbgai program termasuk pemuliharaan alam sekitar, kesedaran penjagaan kesihatan dan lain-lain lagi, katanya semasa merasmikan program tersebut baru-baru ini.
                Sementara itu, pengerusi MEKAR, Amran Salleh berkata selain menyedarkan masyarakat sekitar melalui aktiviti yang diadakan, pihaknya yang kini mempunyai ahli lebih 500 ahli berjaya menarik ramai ahli baru melalui tersebut.
            "MEKAR sentiasa bersedia memberi kerjasama dengan oranisasi-organisasi lain bagi menganjurkan program memupuk kesedaran masyarakat dan melibatkan mereka dalam usaha pemuliharaan penyu dan habitatnya.
                "Persatuan MEKAR yang ditubuhkan pada 2005 merupakan sebuah pertubuhan yangunik kerana merupakan satu-satunya pertubuhan di Malaysia yang dianggotai oleh masyarakat tempatan yang prihatin terhadap pemuliharaan penyuan sehingga kini bilangan ahli MEKAR sudah melebihi 500 ahli
            "Orang ramai disaran menganggotai MEKAR bagi bersama-sama MEKAR  mencapai 3 objektif persatuan iaitu meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat setempat tentang kepentingan pemuliharaan penyu daripada diancam kepupusan,  meningkatkan aktiviti pemuafakatan di kalangan masyarakat supaya berpakat dalam mengambil usaha-usaha ke arah pemuliharaan penyu dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran pemuliharaan penyu dan alam sekitar kepada masyarakat setempat," katanya.
                Pada majlis yang turut dihadiri anggota WWFdan dijayakan dengan kerjasama Jabtan Perikanan, Jabatan Pendidikan dan JabatanAlam sekita itu CIMB Bank melalui CIMB Foundation menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 kepada MEKAR untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan penyu dan alam sekitar.