Sunday, November 21, 2010

Rakyat sudah hayati 1Malaysia

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:   Kehadiran masyarakat berbilang kaum ke majlis Majlis Perbandaran Dungun (MPD) & Masyarkat Cina Dungun Merayakan Sambutan Tahun Baru Cina 2010 menzahirkan bahawa rakyat negara ini sudah menghayati gagasan 1Malaysia.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran daerah Dungun, Zainal Abidin Hussin, berkata kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap kepentingan budaya hormat menghormati sesama anggota masyarakat yang berbilang kaum dan agama menjadi tunjang kepada pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, makmur serta maju.
“Dengan penghayatan 1Malaysia oleh masyarakat yang berbilang kaum ianya banyak membantu usaha MPD dalam melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dengan tema Dungun Membangun dan Cintailah Dungun.
“Kita berbangga dengan sambutan hangat yang ditunjukkan masyarakat yang menghayati konsep 1Malaysia demi kemajuan dan kemakmuran negara, katanya.
Seorang pengunjung Mohd Noor Dahlan, 45, berkata, setiap individu perlu berusaha bersikap terbuka dan sedia menerima serta menghormati kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.
                “Setiap individu perlu mengamalkan sikap bekerjasama dan kunjung mengunjung antara satu sama lain walupun berbeza agama dan fahaman, justeru adalanh langkah terbaik untuk semua kaum di negara ini memulakannya dengan melawat rumah terbuka anjuran setiap kaum musim perayaan mereka.  
                Selain daripada dapat mengeratkan hubungan antara kaum, pertemuan sebegitu menjadi wadah terbaik untuk rakyat bertemu pemimpin dan pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT)  meluahkan masalah yang dihadapi.
                “Saya sendiri memanjangkan masalah peniaga di Batu 48 yang berhadapan dengan masalah banjir yang teruk baru-baru ini dan terpaksa mennggung kos kerugian yang tinggi.
Pengerusi Persatuan Penganut-Penganut Buddha Paka, Foo Koh Pow, 80, berkata perbezaan agama dan budaya tidak menghalang amalan murni kunjung mengunjung mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
“Amalan sebegini adalah bertepatan dengan nilai-nilai murni dalam 1Malaysia iaitu yang diharap dapat menyatu padukan rakayat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk memajukan negara.
“Amalan ini juga dapat memperkukuhkan hubungan dan persefahaman antara kaum sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabara yang dapat menggugat kesejahteraan hidup bermasyarakat di negara ini.
“Penghayatan yang penuh juga mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil, dan maju dalam segenap bidang serta disegani seluruh dunia.
                Lee Ah Hyeon, 44, berkata, selain daripada dapat mengeratkan hubungan antara kaum, pertemuan sebegitu menjadi wadah terbaik untuk rakyat bertemu pemimpin dan pemimpin pihak berkuasa tempatan (PBT)  meluahkan maslah yang dihadapi.
                “Saya sendiri memanjangkan masalah peniaga di Batu 48 yang berhadapan dengan masalah banjir yang teruk baru-baru ini dan terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi,” katanya yang menjadi salah seorang antara 2,000 pengunjung ke majlis rumah terbuka itu yang diadakan di Dewan Kong Ee Recreation Club di sini yang turut diserikan dengan pertunjukan menulis kaligrafi.
                Turut hadir dimajlis tersebut ahli parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, Pengerusi UMNO Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan, Pegawai Daerah, Mustofa Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin tempatan yang turut mengagihkan am pau kepada pengubnjung yang hadir