Sunday, November 21, 2010

Kesal masjid dibina setahun bocor

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Sebuah masjid yang siap dibina baru setahun di Sura Jetty di sini, pernah heboh dikaitkan dengan isu nama dan telah mendapat kelulusan untuk sembahyang jumaat pada bulan lepas kini mengalami kebocoran yang serius
Tinjaun Edisi Timur di masjid berkenaan mendapati beberapa baldi dan besan diletak di ruangan tengah, sisi kanan belakang dan ruangan wanita namun karpet dan dinding di ruangan berkenaan tetap dibasahi air hujan.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Naim, Mohd Zaki Salleh, berkata masalah kebocoran bermula semenjak tiga bulan yang lepas, keadaan menjadi lebih serius apabila hujan turun dengan lebih-lebih lagi di musim banjir sebegini yang menyebabkan karpet dan dinding menjadi basah dan hapak.
“Apa yang lebih membimbangkan dinding berdekatan fius utama yang terletak di ruangan solat wanita turut basah, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa jika kebocoran di kawasan tersebut tidak dibaiki segera,” katanya yang turut kesal dengan sikap pihak kontraktor terbabit yang melengahkan kerja membaik pulih kebocoran walaupun beberapa kali aduan dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata bimbang dengan keselamatan ahli jemah kipas dan plug dinding di bahagian yang terlibat tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas namun begitu beliau bimbang dengan keselamatan ahli jemaah dari luar yang singgah bersembahyang di masjid berkenaan tidak perasan keadaan tersebut.
Muda Mat, 57, berkata bahagian sisi sebelah kanan masjid basah teruk hingga dua baldi air semalaman.
‘Dengan hujan yang lebat berterusan di musim tengkujuh sebegini, keselesaan ahli qarih masjid dan pengunjung luar yang sentiasa singgah bersembahyang turut terganggu.
Selain itu ruangan masjid yang bersetentang dengan kubah turut dibasahi hujan, terdapat beberapa besen dan baldi diletakkan ahli masjid untuk menakung air hujan.