Sunday, November 21, 2010

Jalan Roboh Telaga Mas ditimbus



Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:   1000 orang penduduk Kampung Telaga Mas yang terpaksa menggadai nyawa menyeberang jalan dengan melalui jambatan kayu bulat semenjak pembentung roboh akhir tahun lepas akhirnya selesai setelah Edisi Timur menyiarkan berita pada Khamis 11 Februari minggu lalu.
Tinjauan Edisi Timur semalam mendapati berlaku mendapan di atas jalan tersebut setelah ditimbus dengan tanah oleh Pejabat Daerah Dungun (PPD) tanpa diletakkan pembentung terlebih dahulu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata pihak Majlis Perbandaran Daerah Dungun (MPD) bertindak serta merta menimbus jalan yang terputus pada tengah hari Edisi Timur menyiarkan berita tersebut.
Beliau difahamkan, langkah MPD menimbus jalan yang terputus tersebut dengan tanah hanyalah untuk sementara waktu bagi mengelak kejadian penunggang motosikal tidak berulang lagi terutama sekali kepada keselamatan pelajar yang berulang alik ke sekolah sebelum pihak Jabatan Pengairan dan Saliran membina jambatan menggantikan pembetung yang roboh.
“Saya bimbang kawasan yang ditimbus tersebut akan mendap dan berlopak jika pihak JPS tidak membina jambatan dengan segera.
“Tindakan segera pihak MPD dihargai penduduk namun ianya bukan jalan penyelesaian kerana jalan yang ditimbus tanpa diletakkan pembentung itu akan mendap.     
Edisi Timur sebelum ini menyiarkan penduduk di Telaga Mas menggadai nyawa setiap hari ketika melalui jambatan kayu yang dibina penduduk bagi menghubungkan kampung itu dan bandar paka.
Jambatan selebar satu meter menggunakan kayu bulat itu turut digunakan muridSekolah Kebangsaan (SK) Paka sebagai laluan utama ke sekolah dan semenjak pembetong roboh tiga bulan lalu, dua penunggang motosikal terjatuh ketika melalui jambatan sementara itu.
Penduduk meminta JPS membaiki pembentung yang roboh dengan jambatan kerana pembentung tidak dapat menahan tekanan air yang kuat di jalan tersebut bagi mengelak kejadian pembentung pecah seperti yang berlaku pada musim tengkujuh yang lalu berulang lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata pihak JPS perlu membina jambatan dengan segera kerana tanah yang ditimbus tanpa dipasang pembetung bagi membolehkan penduduk melalui jalan yang rosak itu akan mendap dan akan membahayakan penduduk yang melaluinya