Sunday, November 21, 2010

Kontraktor utamakan pekerja asing

“Penduduk tidak diterima bekerja di tapak binaan Ibu Pejabat  Polis Ketengah Jaya”
 
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya:  Penduduk mendakwa kontraktor pembinaan Ibu Pejabat Polis Ketengah Jaya mengutamakan pekerja asing dengan menolak permohonan mereka untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
                Tinjauan Edisi Timur di tapak pembinaan tersebut yang memulakan operasi akhir 2009 mendapati warga asing sibuk bekerja dan tidak mendapati tiada seorang pun warga tempatan bekerja di tapak pembinaan berkenaan.
                Seorang pekerja warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Sudin, berkata, dia sudah 3 bulan bekerja di tapak binaan tersebut dan dibayar gaji sebanyak RM 28.00 sehari dan dibayar bulan mengikut bilangan hari bekerja.
                “Kesemua 29 orang pekerja yang diambil bekerja di tapak binaan ini terdiri daripada pekerja asing.
                Menurutnya, pihak majikan dikatakan akan menambah pekerja seramai 30 orang di tapak binaan tersebut tidak lama lagi kerana pekerja yang ada sekarang tidak mencukupi berbanding kerja yang semakin bertambah.
“Pekerja tambahan seramai 30 orang itu terdiri daripada warga asing yang kini sedang berada di Kuala Lumpur,” katanya yang mengakui terdapat penduduk tempatan datang meminta kerja di tapak binaan tersebut namun pihak majikan menolak dengan alasan sudah mempunyai cukup pekerja.
                Penduduk, Husin Mahmud, 43, beliau sudah beberapa kali memohon kerja di tapak binaan tersebut namun kesal dengan jawapan yang diberikan kontraktor terbabit dengan memberi alasan pekerja yang ada sudah mencukupi sedangkan apa yang beliau lihat pekerja asing semakin ramai diambil bekerja.
                “Apa kekurangan kami berbanding pekerja asing,” katanya kecewa dengan sikap kontraktor terbabit setelah eberapa kali gagal mendapat pekerjaan.
                “Apa gunanya pembangunan dibina di tempat kami tinggal sedangkan kami yang berpengalaman bertahun-tahun bekerja sebagai buruh binaan tidak sedikitpun dapat merasa faedah pembinaan tersebut dengan tidak dieri peluang untuk bekerja.
                “Kami tidak kesah kontraktor terbabit ingin menjimatkan kos mereka dengan menggaji pekerja asing tetapi sikap kontraktor terbabit yang tidak mahu sedikit pun mengambil penduduk bekerja dan menolak mentah-mentah permohonan kami amat dikesali.
“Kami merayu pemimpin-pemimpin tempatan camputangan membela nasib kami yang seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.
“Penduduk yang bekerja sebagai buruh binaan terpaksa keluar bekerja di luardaripada kampung sedangkan peluang kerja yang sepatutnya diberikan kepada kami, diberi kepada pekerja asing.       
Hashim Abd Rahman, 44, berkata peduduk di sini gembira dengan pembinaan ibu pejabat polis tersebut akhir tahun lepas dan menaruh harapan untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut namun hanya berputih mata melihat berduyun pekerja asing dibawa masuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Penduduk menaruh harapan beerjadi tapak tersebut memandang tapak tersebut berdekatan dengan tempat tinggal yang sudah tentu dapat menjimatkan kos berulang alik dan sebagainya,” katanya yang sudah dua puloh tahun bekerja sebagai buruh binaan.
 Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah berkata, memandangkan ramai di kalangan penduduk tempatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk sektor pembinaan, kontraktor bertanggungjawab sewajarnya memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bekerja di tapak pembinaan tersebut.
                pihak kontraktor seharusnya berbincang dengan pemimpin-pemimpin tempatan terlebih dahulu dengan memaklumkan kekosongan pekerjaan yang ada di tapak binaan kepada penduduk tempatan untuk diisi kerana langkah itu dapat membantu mereka ke arah membina kehidupan lebih baik.