Sunday, November 21, 2010

Pejabat Kesihatan daerah Dungun menyediakan laluan senaman berjalan kaki untuk orang awam dan kakitangan bermula Februari lalu

Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Menyedari kepentingan mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja, memanfaatkan ruang kosong di sekitar pejabat, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun mengambil inisiatif membina laluan senaman berjalan kaki sepanjang 430 meter di kawasan tersebut.

Laluan senaman tersebut yang  dibuka kepada kakitangan Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan orang awam dibina secara bergotong royong semenjak dua bulan yang lepas oleh kakitangan pejabat tersebut.
                Pegawai Kesihatan daerah Dungun, Dr Asari Abdullah, berkata, di antara objektif beliau membina laluan senaman berjalan kaki adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat kaedah senaman yang paling senang yang tidak melibatkan kos mahupun instrument dan mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja.
                Katanya, ramai orang mempuyai persepsi yang salah terhadap senaman dengan menganggap semua senaman memerlukan tenaga yang banyak, meletihkan dan lain-lain lagi sedangkan senaman berjalan kaki tidak sedemikian.
                Menerang lebih lanjut beliau berkata, senaman berjalan kaki terbukti melalui penyelidikan yang dijalankan selama ini mampu mengekalkan kesihatan diri dan membantu pesakit-pesakit sembuh dengan syarat dilakukan secara berterusan atau “istiqamah.
                Pihak Pejabat Kesihatan daerah Dungun juga mengambil pendekatan memasang papan-papan tanda memaparkan kebaikan-kebaikan  senaman berjalan kaki di dinding di laluan tersebut dan pagar utama ke Pejabat Kesihatan tersebut.
                “Papan kenyataan yang memaparkan 10 kebaikan daripada beratus-ratus kebaikan yang dibuktikan melalui penyelidikan di peringkat antarabangsa yang diletak di sepanjang pintu utama berhampiran jalan raya akan dapat dilihat orang awam yang lalu lalang, lama kelamaan kebaikan-kebaikan senaman berjalan kaki akan diingati dan secara tidak langsung menarik perhatian orng ramai utuk mempraktikkannya amalan senaman ini.
                “10 kebaikan yang dipaparkan ialah menguatkan badan melawan penyakit, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengahdan merawat diabetis, mencegah dn merawat kemurungan, menceah brah usus dan payudara, mengurangkan risiko reput tulang, menguatkan otot dan tulang, mengurangkan berat adan dan mencegah strok,” katanya.
                Mohammad Ahmad Mohd Ali, 54, seorang pesara kerajaan berkata, beliau melakukan senaman berjalan kaki di laluan senaman tersebut bermula seminggu yang lalu setelah diberitahu seorang rakan yang bekerja di pejabat hospital berkenaan.
                “Sebelum ini saya tidak mengetahui faedah-faedah dengan melakukan senaman berjalan kaki paling kurang setengah jam sehari sebelum diberitahu rakan dan melihat papan tanda yang diletakkan pejabat kesihatan brhampiran jalan utama.
                 “Oleh kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, saya berhenti berjalan setelah 10 minit dan menyambung semula setelah berehat beberapa minit hinggalah cukup 30 minit sehari sebagaimana yang dinasihatkan doktor, walaupun begitu saya juga diberitahu hasilyang saya prolehi adalah sama dengan orang yang berjalan kaki secra berterusan selama 30 minit sehari,” katanya yang mengidap diabetes dan beras lebih sihat setelah mempaktikkan senaman tersebut bermula seminggu lalu.
                Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan berkata, inisiatif yang diambil pejabat ksihatan daerah Dungun dengan mengadakan laluan Berjalan Untuk Kesihatan bukan sahaja dapat member kemudahan kepada orang ramai untuk membuat senaman malah berjaya mampu menjadi platform untuk menarik masyarakat memahami kepentingan mempraktikkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
                “Selain melakukan senaman berjalan kaki, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dengan lebih lanjut daripada kakitangan pejabat hospital yang sentiasa bersedia membantu mereka,” katanya semasa merasmikan lauan senaman berjalan untuk kesihatan baru-baru ini yang pertama kali diwujudkan di hospital-hospital negeri Terengganu.