Sunday, November 21, 2010

Perlantikan Syarikat Perunding Pendalaman Muara Sungai Dungun melegakan nelayan

Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:   Nelayan Kuala Dungun menarik lafas lega dengan perlantikan perunding kejuruteraan menjalankan kajian penyelesaian berkaitan muara Sungai Dungun yang semakin cetek dan mendatangkan memberi masalah kepada nelayandi kawasan tersebut.
                Tinjauan Edisi Timur di muara Sungai Dungun mendapati beberapa buah bot tersadai ekoran mengalami kerosakan dan pecah setelah tersangkut di beting pasir di muka Kuala Dungun manakala bot-bot  nelayan tidak dapat menghampiri jetty disebabkan air yang cetek.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Dungun, Mat Yassin Mohamed, 42, berkata pemilik bot kerugian beribu ringgit apabila bot menangkap ikan mereka pecah akibat tersangkut di  muka kuala.
Dengan pendapatan yang tidak menentu kebanyakan pemilik bot tidak mampu menanggung kos membaiki bot yang menelan kos beribu ringgit setiap kali bot mereka pecah dan mahu tidak mahu mereka terpaksa tidak turun ke laut sebulan lebih menunggu wang pampasan kemalangan di laut daripada pihalk lkim untuk membiayai kos membaiki bot.
Abdullah Ahmad, 47, berkata untuk mengelak daripada bot pecah yang turut membahayakan nyawa  mereka, nelayan hanya turun ke laut dan naik ke darat di waktu air laut pasang sahaja.
“Semenjak muara Kuala Dungun menjadi cetek kami tidak boleh berada lama dilaut bimbang air di muka kuala menjadi cetek yang menyebabkan pendapatan kami terjejas teruk kerana tidak boleh menangkap ikan dalam tempoh yang lama.
“Sudah banyak kali bot nelayan tersangkut di muka kuala, malah ada nelayan yang kehilangan nyawa bertarung dengan air laut setelah bot terlingkup.
“Begitu juga setiap kali air laut surut, kami tidak dapat turun menangkap ikan sehinggalah air laut pasang.
Demi menjaga keselamtan diri, kami terpaksa menahan keinginan untuk menangkap ikan walaupun poket kosong apabila memikirkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa dan kerugian beribu ringgit  jika bot tersangkut di muara dan terbalik,” katanya yang bergantung hidup dengan mencari rezeki di laut semenjak berpuluh tahun yang lalu.
Nelayan, Mohammad Abdullah, 47, berkata, muara sungai yang cetek juga menyebabkan bot-bot nelayan  terpaksa berlabuh jauh daripada jetty terhalang oleh permukaan muara yang ditimbuni pasir yang menyebabkan kami terpaksa bersusah payah mengangkut hasil tangkapan ke jetty.
“Tiada gunanya jetty kuala dungun dibina jika bot-bot nelayan  tidak dapat berlabuh di sana terhalang oleh pasir yang  menimbun.
“Sebagai sebuah daerah yang berstatus perbandaran  tidak seharusnya permasalahan golongan nelayan dipinggirkan daripada arus pembangunan memandangkan permasalahan ini sudah bertahun-tahun dihadapai nelayan di kuala dungun.
Beliau gembira dengan  perlantikan perunding kejuruteraan untuk mengkaji perlaksanaan projek pendalaman muara Suala Dungun  yang dijangka berakhirpada akhir 2010 nanti.
Majlis penerangan dan dialog bersama nelayan  yang dihadiri Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Terenngganu (JPS), Ir. Mat Hussin Ghani, wakil  perunding kejuruteraan WNA Consultant Sdn Bhd dan ahli parlimen Dungun, Matulidi Jusoh di pejabat LKIM Dungun itu berlangsung selama 3 jam dengan pelbagai soalan ditimbulkan nelayan-nelayan bagi mendapat penerangan lebih lanjut dan berkongsi idea dengan pegawai JPS dan wakil syarikat perunding kejuruteraan terbabit.
WNA Consultant Sdn Bhd  juga mengagihkan borang soal selidik  kepada nelayan-nelayan terbabit bagi mendapatkan pandangan dan maklumat lebih lanjut berkaitan permasalahan yang dihadapi mereka berkaitan muara Kuala Dungun.
Ahli parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, berkata, dengan tertubuhnya perunding kejuruteraan yang mengkaji penyelesaian kepada masalah muara yang cetek  ini, projek pendalaman muara Sungai Dungun akan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi menyelesai masalah yang sudah bertahun-tahun dialami nelayan Kuala Dungun.
“Kajian kejuruteraan ini meliputi kajian ke atas muara Sungai Dungun, Kuala Dungun dan juga pesisiran Teluk Lipat yang  memakan masa selama 12 bulan bermula 1.1.2010 dan akan berakhir pada 31.12.2010 nanti.
“Kita berharap  dengan  berakhirnya kajian ini nanti, permasalahan yang dihadapi nelayan semenjak bertahun yang lalu akan dapat diselesaikan begitu juga dengan masalah hakisan di  persisiran Teluk Lipat yang semakin serius hingga hakisan sudah meruntuh sebahagian tebing jalan di kawasan tersebut.